networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Thursday, May 29, 2014

Demokrasi PKR Dah Macam FAM..Kritik Pemilihan PKR Kena Gantung!Chegubard Jadi Mangsa!!



Nilah demokrasi parti anak beranak..barang siapa yang mengkritik dan mengutuk pemilihan parti maka akan digantung keahlian...mereka kutuk SPR macam2 tohmahan tak apa...jangan sesekali mempertikaikan kesucian yang ada dalam PKR...

Jika anda mempertikaikan kesucian PKR maka anda bersedia untuk di gantung...itulah nasib yang menimpa chegubard yang aku gelarkan dia samseng dalam PKR...asal ada gaduh je mesti dia ada...isk3!

Mana p demokrasi yang dilaungkan..kritik sikit pun kena gantung keahlian...dah macam FAMB...kahkahkah!!!

Kutuk FAM kena denda..kutuk PKR kena gantung...elok lah tu! Xo xo xo!

Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Chegubard, digantung keahliannya serta-merta selepas didapati membuat dakwaan terbuka terhadap Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) melalui media. 

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong, turut mengumumkan pemecatan Md Yusop Kamaruddin dari Cabang Pasir Salak, Perak selepas ingkar arahan surat penggantungan dengan membuat kritikan terbuka melalui laman sosial terhadap jawatankuasa sama. 

Katanya, Lembaga Disiplin telah meneliti dan mengadakan siasatan ke atas beberapa kes berkaitan tatatertib dan disiplin anggota yang dibentangkan pada mesyuarat biro politik parti yang dipengerusikan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 27 Mei lalu. 

Ingkar arahan 

Berikutan itu, kita membuat keputusan Md Yusop dipecat daripada parti kerana ingkar arahan surat penggantungan dan terus mencemar nama baik parti dengan membuat kritikan serta serangan terhadap JPP melalui laman sosial Facebook beliau. 

Badrul Hisham pula digantung kerana membuat kenyataan media pada 12 Mei lalu, mendakwa proses pemilihan parti adalah kotor dan tidak telus, selain dakwaannya, Petugas JPP menjadi ejen kepada Azmin Ali seperti yang disiarkan portal berita, katanya dalam kenyataan, semalam. 

Badrul Hisham yang juga bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR turut didakwa membuat kenyataan terbuka mengkritik JPP dalam akhbar ini melalui laporan berita bertajuk, Keputusan penuh penipuan: Chegubard, yang disiarkan 20 Mei lalu. 

Kee Kwong berkata, surat tunjuk sebab dan arahan penggantungan ke atas Badrul Hisham akan dikirimkan dalam tempoh terdekat. 

Mesyuarat yang turut dihadiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut bersetuju menggantung keahlian ahli Cabang Kota Raja, M Nageswaran Muniasamy selama enam bulan. 

Parti itu pada 15 Mei lalu, menggantung keahlian lapan ahlinya, termasuk bekas Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam yang mencabar jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor, atas pelbagai kesalahan berkaitan proses pemilihan PKR.

1 comment:

Anonymous said...

wayang je bro, biar la si bardigol tu. dia tetap anjing terbaik anwar juga

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA