networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Tuesday, June 24, 2014

KISAH ADIK OKU FIRDAUS DAN EMAK YANG RAKYAT PERLU TAHU

Kisah benar Puan Lola & Adik OKU : Muhammad Firdaus Dullah



~~~~~~~

Bismillah.

Alhamdulillah, petang tadi saya dan isteri, Siti Salwa diberi keizinan Allah untuk melawat adik Muhammad Firdaus Dullah di Hospital Tuaku Jaafar, Seremban..

Pertamanya, saya mohon maaf jika post ini panjang, harap anda dapat bersabar dan baca kerana intipatinya adalah penting dan harap dapat di"share" kepada sesiapapun yang anda jumpa diluar mahupun Facebook friends list anda..

Adik OKU ini terkenal akibat berita yang tersebar luas konnonnya dia "dikurung" oleh ibunya dirumah sehingga kurus kering. Dan akibat fitnah yang berleluasa tentang betapa "zalim"nya si ibu itu,

saya rasa bertanggungjawab untuk menceritakan hal sebenar kepada kalian semua agar kalian dapat membetulkan semula persepsi anda dan tidak termakan fitnah yang telah anda baca baik daripada akhbar, TV mahupun post di Facebook....

Dan sepertimana post saya yang terdahulu, para keyboard warrior dan generasi "mohon share" bertungkus lumus untuk memaki dan menghina ibunya atas "perbuatan" tidak berhati perut oleh ibu adik Firdaus, Puan Lola.

Facebook ibu adik Firdaus dijejaki dan digelar iblis, syaitan, kejam dan sebagainya..sedarlah wahai rakan sekalian, ini tidak lain hanyalah fitnah yang amat tidak bertanggungjawab para pemberita, generasi "mohon share" dan keyboard warrior terhadap ibunya...

~~~~~

Ketika berada di Wad, saya turut berpeluang untuk bercakap dengan Kak Nor ( Dalam gambar, yang sedang memeluk Firdaus ) yang merupakan jiran,bekas penjaga adik Firdaus, dan juga sahabat baik Puan Lola. Menurut Kak Nor, Puan Lola amat menyayangi Firdaus walhal tidak pernah sekalipun dimarah apatah lagi dijentiknya Firdaus...Walhal, keprihalan Firdaus diketahui oleh jiran sekeliling Flat tempat tinggal mereka kerana semasa Kak Nor masih lagi menjaga Firdaus, dia selalu dibawa main bersama kanak-kanak lain di perumahan tersebut...Dan Kak Nor telah menjaga Firdaus sejak dia berumur 4 tahun lagi. Namun begitu, akibat urusan yang tidak dapat dielakkan Kak Nor berpindah ke Gemencheh..

Akibat ini, tiada lagi siapa yang sanggup menjaga dan membela Firdaus semasa ketiadaan Puan Lola ke tempat kerja.

Dan disinilah bermula kisah dimana Puan Lola terpaksa meninggalkan Firdaus berseorangan dirumah akibat terpaksa bekerja menampung belanja keluarga. Dia bekerja di KLIA dan gajinya hanyalah sedikit
yang amat sangat. Anak kedua Puan Lola yang berumur 6 tahun ( Turut berada di hospital dalam wad yang sama kerana Puan Lola ditahan ) menpunyai kondisi "Hyperactive". Puan Lola juga diberikan ujian kesihatan dan beliau sendiri sakit..Masya Allah besar ujian keluarga ini.

Puan Lola menanggung perbelanjaan sewa rumah, perbelanjaan motor perubatan, menghantar wang kepada ibu bapanya di Sabah dan macam2 lagi dan akibat kepayahan ini, mereka hidup sekangkang kera sebagai mana anda boleh lihat dalam rumahnya yang kosong. Untuk menambah pendapatan, Puan Lola mencari dan menjual tin kosong dan juga kotak-kotak... Masya Allah.

Dan jika kita persoalkan mengapa hanya diberi pakaian reput kepada Firdaus, "mak dia tak mampu ke nak beli baju RM5 sekalipun ?" Jawapannya senang, ya mereka teramat miskin hingga hendak beli baju baru pun tidak mampu.

~~~~~

Untuk menguatkan lagi pendapat kami terhadap Puan Lola, kebetulan datang dalam wad tadi bersama saya adalah seorang lelaki yang merupakan ahli NGO kawasan perumahan Puan Lola sekeluarga. Beliau
pernah bekerja denga Puan Lola selama 6 tahun di KLIA dan beliau turut mengatakan bahawa apa yang masyarakat perkatakan terhadap Puan Lola adalah salah sama sekali. Beliau seorang yang lemah lembut, rajin dan selalu kerja "overtime" untuk mencari duit lebih bagi menampung keluarga.

Situasi kini adalah Kak Nor menjaga Firdaus dan adiknya di Wad kanak-kanak tersebut jika berkesempatan dan beliau tanpa meminta sesen pun berulang alik dari Gemencheh ke Seremban untuk menjaga adik

Firdaus. Sepanjang saya di Wad tadi, adik Firdaus kerap kali memanggil "Mak..." "Makk..." sambil memeluk Kak Nor yang masih lagi diingatinya. Kembalikanlah Puan Lola kepada Firdaus yang mana beliau kini ditahan untuk direkodkan keterangan.... Moga Allah pertemukan mereka semula dengan secepat mungkin, insya Allah.

~~~~~

Sehubungan itu kami semua yang hadir petang tadi dalam Wad itu sepakat bersama ingin membetulkan persepsi yang salah yang digambarkan oleh media massa, generasi "mohon share" dan juga keyboard warrior terhadap keluarga Puan Lola.Moga Allah dapat permudahkan urusan mereka dan kita semua, insya Allah.

Tidak percaya dengan apa saya tulis nih ? Pergi lawat sendiri adik Firdaus di Wad Kanak-Kanak Hospital Seremban. Tiada satu pun calar atau parut dera pada adik Firdaus, yang ada hanyalah kesan kasih sayang ibu yang bersusah payah menjaga si adik meskipun ibunya sakit dan tidak mampu...

###########

Kesimpulan yang boleh dibuat adalah :

1 ) Kita seharusnya malu dan harus rasa bersalah terhadap Puan Lola atas Fitnah dan tohmahan yang disebarkan. Mohon maaf kepada ibu adik Firdaus jika berkesempatan. Kita harus ingat, jika orang kutuk mak kita kita mesti akan marah bukan main lagi dan akan membalas perbuatan terkutuk tu betul tak ? Bayangkan anda telah mencaci ibu kepada adik Firdaus yang OKU yang tidak mampu untuk marah atau membalas perbuatan anda terhadap ibunya.. Anda patut malu dengan diri anda dan segeralah bertaubat.

2 ) Kita tidak boleh menuduh melulu tanpa membuat siasatan terperinci terhadap sesuatu perkara. Silap langkah maka ianya menjadi Fitnah. Ingatlah Fitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh.

Mampukah anda tanggung dosa itu diakhirat kelak ? Wallahualam.

3 ) Tanamkan sikap membantu kepada orang yang susah, jangan tunggu NGO ataupun orang datang kutip derma baru nak tolong. Cari dan berkawanlah dengan orang yang miskin dan susah. RM1 bagi anda
mungkin sedikit, namun bagi mereka ianya tidak ternilai... Besedekahlah sentiasa, meskipun harta didunia kurang, harta dan pahal diakhirat berkali ganda Allah akan balas.

4 ) Apa kata kita buat satu derma kilat, kumpul duit untuk rawatan dan belanja Puan Lola, Adik Firdaus dan adiknya yang berusia 6 tahun tu. Kalau rumah anda ada kipas, kerusi ataupun meja baju lebih ke, kumpul dan derma kepada mereka...Kan lagi bagus macam tu. Marilah besedekah kerana semua ini amalan yang digalakkan agama Tak rugi pun kita, lagi untung ada

5 ) Tolong share post ini. Ada pepatah mengatakan "Lying is bad, but hiding the truth is even worse". Sebagai seorang yang bertanggungjawab, kongsikan post ini kepada semua supaya kebenaran diketahui umum. Insya Allah hanya Allah dapat membalas jasa anda.

Walahualam.

Sekian,
Muhammad Kamal Zawari @ Asamkipas

HE : Dalam keadaan penderitaan adik OKU dan ibunya..janganlah kita jadi batu api untuk melaga-laga dan memburukkan ibunya yang kita sendiri tak tahu kenapa perkara ini terjadi..janganlah kita menuding jari menyalahkan UMNO untuk meraih populariti murahan...

3 comments:

Anonymous said...

Sekadar kemusykilan....
* kenapa adik firdaus dibiarkan dengan keadaan yg teramat-amat tidak terurus. Dengan rambut yg serabut, badan penuh najis dan kurus kering bagai orang kebuluran?

* kalau jiran2 semua tahu, takkan seorang pun tidak boleh menghulurkan sehelai baju utk adik firdaus?

* sekiranya perkara ini disiarkan dlm media arus perdana terlebih awal cthnya dlm rancangan bersamamu, saya percaya keperihatinan rakyat Malaysia sudi menghulurkan bantuan.

* kenapa aduan tidak dibuat kepada wakil rakyat di kws berkenaan agar perkara ini dpt diketengahkan?

Sebenarnya byk lagi persoalan yg ingin diajukan. Secara peribadi mata saya x dapat menipu. Fikiran saya x dapat memproses dan merasionalkan apa yang berlaku. Hati saya tetap berkata walau miskin @ daif sekalipun, keadaan adik firdaus tidak sepatutnya dahsyat begitu sekali.

Anonymous said...

"Lying is bad, but hiding the truth is even worse".
ayat diatas sesuai ditujukan utk emak remaja itu sendiri. Kutukan terjadi kerana perkataan dan alasan dari mulut si lola itu sendiri.
alasan yg masih tak masuk akal dan sukar dihadam oleh fikiran yg waras!

Kenapa nak bela lola sangat? lola harus diberi pengajaran supaya jadi pengajaran bg lola yg lain dimasa depan.

siapa cakap adik firdaus kena dera? Yg org marah sgt kerana tahap pengabaian yg tak boleh diterima akal!!! apa punya mak sampai takder hati perut sebegitu sekali?

bukan kutuk sebarang kutuk, bukan caci sebarang caci. kemarahan setara apa yg dilihat depan mata dan itu bukan fitnah, kalau fitnah ialah mengada2kan cerita yg tak ada, yg org marah ialah sesuatu yg berbukti. kalau tgn sanggup mencincang, biarkan bahu lelas memikul.



maae said...

Ibu fidaus boleh bekerja dan mencari kerja. Kerja apa di Gemenceh sehingga boleh biarkan anak oku keseorangan ? Jika berpesan kepada kawan baik, tentu ada respon.

Jika ibu firdaus mengadu kepada komuniti flat, mungkin kah tiada bantuan di berikan ? Mesti ada manusia berhati penuh keinsanan. Tambahan ada wakil ngo di sana. Tidak mungkin tidak ada masa berjumpa kebajikan masyarakat.

Kerajaan kita sangat prihatin dengan rakyat terpinggir atau daif dan naif :-

1. KM ada peruntukan untuk oku, ibu tunggal. Ramai di NSembilan terbela dan mendapat bantuan. Untuk ibu firdaus, dia boleh mendapat bantuan kewangan dan kemudahan. Malah ramai mahu menghulur derma juga jika di siarkan pihak akbar.

2. Jika mualaf segala keperluan kerajaan sediakan. Sehingga kelengkapan persekolahan juga bantuan kewangan. Malah barang dapur di bantu setiap bulan. Semua lengkap

Cuma sedikit paparan. Kenapa tidak tahu ? Ini lah bahagian kebajikan kerajaan yang tidak perlu di dendang. Semua bangsa dalam kategori asnaf ini di bantu. Setiap ada agensi nya termasuk Jabatan Islam Negeri.

Jika berniaga kecil-kecilan, semua persediaan peralatan,malah tempat berniaga di carisediakan.. apa lagi yang kurang! Sebahagian nya mesti berusaha jika sehat tubuh badan. Sebahagian nya faktor penyakit, umur dan seperti nya, bantuan penuh di berikan.

Mohon blogger sediakan info penuh kebajikan jabatan-jabatan kerajaan ini. Maklumat berguna untuk semua.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA