networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Friday, June 6, 2014

Malaysiakini Kantoi Fitnah Lagi!!Dakwa Sultan Johor Punya Kuasa Lebih Tentang Isu Perumahan...


Kuasa Raja dalam Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Johor, satu enakmen baharu yang akan dibentang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Isnin ini adalah tertakluk kepada kanun Undang-undang Tubuh Negeri Johor.

Justeru, laporan Malaysiakini mengatakan Sultan Johor bakal mendapat kuasa meluas membabitkan isu perumahan adalah tidak benar kerana mengikut kanun itu, baginda boleh memberi nasihat dan menerima nasihat dalam hal berkaitan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abd. Latiff Bandi berkata, laporan Malaysiakini menggambarkan Sultan seolah-olah mempunyai kuasa lebih dalam hal itu adalah berniat jahat dan sengaja diputarbelitkan.

Menurutnya, kerajaan negeri juga sebelum ini pernah membentangkan enakmen sama iaitu semasa mahu mewujudkan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor (PKENJ) yang kini dikenali sebagai Johor Corporation (JCorp).

"Jcorp kini sudah berkembang sebagai satu syarikat yang dikenali bukan sahaja di dalam negeri, malah di peringkat antarabangsa dan terbukti ia sudah berjaya. Jadi jangan jadikan usaha mewujudkan lembaga perumahan itu sebagai isu.

"Mereka (Malaysiakini) perlu faham tentang kanun Undang-undang Tubuh Negeri Johor sebelum membuat sebarang laporan seperti itu yang boleh mengelirukan rakyat negeri ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Malaysiakini melaporkan semalam, kerajaan Johor akan membentangkan satu rang undang-undang baru di DUN pada Isnin ini untuk membentuk satu lembaga perumahan dan hartanah yang memberi kuasa meluas kepada Sultan tentang isu perumahan.

Menurut portal tersebut, ia merupakan enakmen pertama seumpamanya yang akan dibentangkan dengan Sultan diberi kuasa untuk melantik ahli lembaga, menyelia akaun dan juga untuk membubar lembaga tersebut. 

Abd. Latiff menegaskan, penubuhan lembaga itu kelak bakal memudah dan memantapkan lagi urusan berkaitan perumahan dan hartanah di negeri ini kerana segala urusan yang diselia tiga agensi sebelum ini akan berada di bawah satu bumbung.

Selain itu, tambahnya, menerusi lembaga itu juga, segala usaha kerajaan negeri untuk melaksanakan lebih banyak rumah mampu milik bagi rakyat negeri ini dapat diperhebatkan pada masa sama tindakan tegas kepada pemaju yang ingkar dapat diambil.

"Kita tubuhkan lembaga ini bukan untuk susahkan sesiapa tetapi untuk memastikan undang-undang yang ada berkaitan perumahan dan hartanah negeri ini dapat dihormati, sekali gus tiada lagi pihak yang memperlekehkan penguatkuasaan kita.

"Saya yakin, menerusi lembaga itu juga pemilikan rumah untuk rakyat bukan sahaja bumiputera, malah bangsa lain terjamin dalam usaha kita mendukung kehendak rakyat yang mahu memiliki rumah sendiri yang berkualiti," katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, lembaga tersebut akan dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, manakala beliau selaku Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai Timbalan Pengerusi.

HE : Isu ni hanya mainan dan percaturan pemaju2 supaya enakmen ini gagal. Jika gagal mereka boleh begembira kerana tiada tindakan kpd mereka jika tidak membina rumah mampu milik dan rakyat johor sendri yg akan terus menerus menjadi mangsa develepor yg tamak.

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA