networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Thursday, June 5, 2014

Sultan Johor Puji Kerajaan Pimpinan @KhaledNordin Bebas Daripada Hutang!Lebihan Pendapatan RM 485 Juta! Tahniah #MuafakatJohor #KerajaanRakyat



JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim memuji pentadbiran Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin dan kepimpinannya kerana berjaya menjadikan Kerajaan Johor bebas daripada hutang dalam tempoh setahun memegang jawatan itu.

Titah baginda, berdasarkan laporan kewangan Kerajaan Negeri pada tahun 2013, buat pertama kalinya Kerajaan Negeri mempunyai baki lebihan dengan jumlah yang besar iaitu RM 485 juta.

“Dengan adanya lebihan wang, barulah kerajaan boleh merancang perbelanjaan yang seimbang dan melaksanakan pelbagai projek pembangunan yang diharapkan oleh rakyat.

“Saya berharap, prestasi yang baik ini akan dapat dikekalkan kerana saya tidak suka kerajaan saya berhutang,” titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah demikian ketika merasmikan penggal kedua Sidang Dewan Undangan Negeri Johor Ke-12 di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan di sini hari ini.

Baginda turut menggesa kerajaan negeri itu untuk mengkaji kesesuaian sektor swasta untuk meminda hari rehat kepada hari Jumaat dan Sabtu, selaras dengan sektor awam.

Baginda bertitah, langkah untuk menukar hari cuti rehat hujung minggu baru-baru ini, menerima aduan terutamanya daripada ibu bapa yang bekerja di sektor swasta.

"Ibu bapa yang bekerja di sektor swasta mengadu bahawa mereka tidak mempunyai masa secukupnya bersama anak-anak kerana mereka terpaksa bekerja pada hari Jumaat.

"Oleh itu, beta menyeru kerajaan negeri untuk mengkaji semula kesesuaian menyelaraskan hari rehat kepada hari Jumaat dan Sabtu untuk semua sektor," titahnya.

Dalam pada itu, baginda turut menitahkan Kerajaan Negeri supaya menubuhkan pasukan khas untuk memfailkan rayuan bagi membatalkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) tentang Pulau Batu Putih yang sebelum ini memihak kepada Singapura.

Baginda bertitah, Johor berbeza dengan negeri-negeri lain kerana mempunyai 'jiran sebelah' yang merupakan sebuah negara maju, malah sebenarnya mempunyai hubungan rapat dengan Johor kerana saling bergantung antara satu sama lain.

"Oleh yang demikian, walaupun hal ehwal luar negara terletak di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan, adalah tidak wajar jika kerajaan Johor tidak dimaklumkan atau tidak dibawa berunding dalam perkara yang melibatkan kepentingan Johor dan Singapura. Bukankah orang Johor lebih memahami tentang jirannya berbanding orang di Putrajaya?

"Bagaimanakah pihak Persekutuan lebih tahu tentang keperluan atau kehendak negeri dan rakyat Johor? Inilah kesannya apabila orang luar yang tidak faham tentang sejarah dan kedaulatan negeri Johor (tetapi) diberikan tugas untuk mempertahankan kes tersebut," titah baginda.

HE : Tahniah..negeri kita bebas hutang..ini semua kerana kebijaksanaan rakyat memilih kerajaan BN yang mantap...nak harapkan kerajaan pimpinan Kit Siang..memang tak lah...kerap hilang dari kawasan parlimen..inikan pula nak jaga negeri!

2 comments:

brotherhood said...

apa ke bodohnya umno ni.. sampai nak dilepas kuasa ke soltan johor.. ikut la cara mahathir.. jahanam khaled nordin jahanam umno nampaknya

Anonymous said...

ko yg bangang sebenarnye...tak fhm sejarah...baca dlu syarat2 johor nk sertai tanah melayu sebelum merdeka dlu..apa2 nk buat kt negeri johor mesti melalui persetujuan dari sultan johor...kerajaan persekutaan pun tak boleh buat apa2...

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA