networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Saturday, July 5, 2014

Dr Maza Punyai Tabiat 'Memfitnah'..Keluar Kenyataan Tanpa Usul Periksa!



Dr Maza Kantoi Fitnah Lagi. China Nafi Halang Muslim Berpuasa

Seorang 'Public Figure' terkenal; Dr. Maza telah berkongsi satu pautan di wall Facebook page-nya (DrMAZA.com) berkenaan Kerajaan China melarang umat Islam di Wilayah Xinjiang berpuasa.

Pautan tersebut telah mengundang respon negatif daripada pembaca dan mengundang kemarahan kepada Kerajaan China. Sehingga hubungan diplomatik di antara Malaysia-China juga dipersendakan dengan berita yang tidak diketahui sahih atau tidak sumbernya. KLIK - http://pistolnakal.blogspot.com/2014/07/dr-maza-kantoi-fitnah-lagi-china-nafi.html

Apakah tujuan Dr. Maza ini? Hanya tahu membawa pengikutnya dan masyarakat mencipta dan terus mencipta fitnah-fitnah lain melalui satu perkhabaran disebarkannya, yang akhirnya dinafikan.
Ini celaka punya 'public figure' lah...
--------------------------------------

China Nafi Larang Umat Islam Di Wilayah Xinjiang Berpuasa

KUALA LUMPUR - Duta China di Malaysia Dr Huang Huikang menafikan laporan media asing pada Rabu kononnya umat Islam di wilayah Xinjiang di China dilarang daripada berpuasa pada bulan Ramadan.

"Saya tidak fikir berita itu benar. Media China mana yang melaporkan berita ini? Ini bukan media China, betul?," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perundingan Meja Bulat Korporat Malaysia anjuran Istitut Kepimpinan dan Strategi Asia di sini Jumaat.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan kementerian berkaitan di China akan memberi penjelasan berhubung perkara itu.

Media asing melaporkan pada Rabu beberapa jabatan kerajaan di Xinjiang melarang petugas beragama Islam daripada berpuasa pada bulan Ramadan.

Media terbabit menyiarkan arahan yang didakwa daripada jabatan kerajaan di China melarang anggota Parti Komunis yang memerintah, guru dan golongan muda daripada berpuasa atau menyertai aktiviti keagamaan dalam bulan Ramadan.

Sebahagian besar wilayah Xinjiang dihuni kaum minoriti Uighur yang beragama Islam. Selama bertahun-tahun parti Komunis China yang memerintah melarang umat Islam di wilayah itu daripada berpuasa, dan seringkali berakhir dengan pertempuran antara kaum minoriti Uighur dan anggota pasukan keselamatan yang membawa kepada kematian. BERNAMA

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA