networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Friday, July 25, 2014

Kenderaan Cermin Gelap Dapat 'LESEN KHAS' Musim Perayaan Ni!



Tiada tindakan penguatkuasaan terhadap pengguna kenderaan bercermin gelap selagi Kementerian Pengangkutan belum membuat pengumuman rasmi mengenai perubahan peraturan berkaitan perkara itu. 

Justeru, semua sekatan jalan raya yang diadakan di seluruh negara sempena Aidilfitri minggu depan, tidak akan memfokuskan kepada kesalahan cermin gelap. 

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, berkata keputusan peraturan baru penggunaan cermin gelap masih dalam perhatian Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan akan diumumkan pada satu masa yang belum dapat dipastikan. 


Menunggu masa 

Katanya, selepas bengkel kajian semula peraturan penggunaan cermin gelap bagi kenderaan pada 3 Jun lalu, satu cadangan perubahan terhadap peraturan itu dikemukakan kepada menteri, namun masih diperhalusi. 

Katanya mengambil kira keputusan yang sudah diputuskan bersama semua pihak, sebarang penguatkuasaan terhadap penggunaan cermin gelap ditangguhkan sementara menunggu pengumuman menteri. 
“Sepatutnya sementara menunggu keputusan menteri, semua penguatkuasaan ditangguhkan dahulu. 

“Jika ada sekatan jalan raya, pemeriksaan membabitkan perkara lain, bukan cermin gelap,” katanya.

HE : Cadangan ni bagus! TAPI Aku kadang hairan dengan penguatkuasa ni..mereka dah tahu dulu tak boleh tinted gelap..tapi yang di saman ialah pengguna..kenapa tak cari agen yang jual?ibarat tangkap penagih dadah..tapi pengedar tak buat apa2...biarkan terlepas...

1 comment:

Anonymous said...

Selagi ada pembeli n permintaan. Selagi tu org jual. kesimpulannya xpyh beli abis cite xmati pun kalau xtinted. aku xtinted ok aje.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA