networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Thursday, July 3, 2014

Kesatuan Sekerja MAS (MASEU) Ibarat Bayi Yang Baru Lahir! Hanya Tahu ‘Merengek’!


Kesatuan Sekerja MAS (MASEU) ada buat demonstrasi untuk menuntut peletakan jawatan 3 pengurusan atasan Syarikat MAS kerana MAS kerugian RM 4 juta sehari. Tindakan MASEU ni aku ibaratkan macam bayi yang baru lahir.. hanya tahu menangis dan menjerit.. tapi kalau nak ikutkan diorang ni tak ada hak pun nak suruh MAS buang orang itu… Sekat itu..sekat ini..komen itu..komplain ini…kalau bab hak pekerja tu ok..kalau nak campur urusan atasan tu bukan hak diorang!

Sepatutnya kalau nak ikutkan tradisi sesebuah syarikat besar…yang patut bising dan pening kepala ialah pemegang saham…mereka inilah yang berkuasa untuk menentukan siapa yang harus di buang…

Berbalik kepada cadangan MASEU untuk memecat 3 orang atasan MAS…aku cadangkan lebih elok MASEU bekerjasama dengan MAS untuk menuntut mengurangkan pekerjanya atau pun potong gaji pekerja.. barulah kos dapat dijimatkan..lagipun kos RM4 juta yang kata MASEU membazir tu pun kos operasi harian MAS termasuk untuk tampung gaji mereka juga… Kalau tak beroperasi, boleh ke ahli MASEU nanti datang kerje?

Memang tak dinafikan bahawa MAS dalam keadaan perlukan transformasi.. tapi transformasi yang dilakukan tu perlulah menjaga kepentingan semua pihak.. kalau nak pecat pekerja2 MAS dan pecat orang-orang penting dalam MASEU tu pun transformasi juga… kurangkan gaji pekerja pun transformasi juga untuk mengurangkan kos…tapi MASEU boleh terima ke? haha

Pelan penstrukturan semula perlu dilakukan segera sebagaimana yang telah dicadangkan Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Jauhari Yahya. Memang Khazanah membantu MAS dengan peruntukan yang besar sebanyak RM 5 bilion.. namun Syarikat itu masih rugi…memang perlu dilihat semula semua aspek termasuk budaya kerja, keberkesanan kos operasi, pemasaran, persaingan, kos, pekerja, proses kerja, MASEU, MRO (Engineering Dept.) dan sebagainya..

Para penganalisis telah mencadangkan bahawa untuk mengurangkan KOS, MAS perlu mengurangkan tenaga kerja seramai 19,577 dengan kos anggaran RM 2.5 bilion bagi tahun kewangan 2013…

Ni penganalisa pasaran yang cakap tau… tapi MASEU persoalkan. Kenapa MASEU tak perbetulkan para penganalisa? Penganalisa dah back-up statement dengan data dan fakta, MASEU ade?

Kenapa MASEU tak demonstrasi untuk tunjukkan yang penganalisa tu salah? Yang diorang mintak CEO letak jawatan buat apa.. besar kepala sangat dan MASEU ni sebenarnya…tulah MAS manjakan sangat.. nilah padahnya..ibarat ‘anjing sudah makan tuan!’…

Semua orang mahukan perubahan untuk mengembalikan MAS sebagai sebuah Syarikat yang berdaya saing..orang PAS, Dr Syed Azman Nawawi pun setuju perkara ni..tapi kalau nak pecat CEO seperti yang dilakukan MASEU tu sebenarnya makin memburukkan keadaan…pekerja perlu patuh kepada pihak pengurusan.. bukannya melawan dengan suruh BOS sendiri letak jawatan..

Akhir sekali.. aku nak tinggalkan 1 cabaran buat MASEU, buat seperti Singapore Airlines (SIA), yang mana mereka setuju untuk memotong gaji mereka sendiri lingkungan 16.5% dan 25 hari cuti tanpa gaji setahun…ini dilakukan oleh kakitangan SIA sendiri ketika krisis Sindrom Pernafasan SARS yang mengakibatkan SIA rugi besar..MASEU berani tak sahut cabaran ini?

Ni kemudahan dikurangkan dan ada yang dihapuskan seperti elaun tuntutan perjalanan… dah mula melalak!! Cuba cakap sikit.. kemudahan ni ikut industry standard atau terlebih??? Tu aku belum nak ulas pasal perangai-perangai pekerja MAS…lebih elok MASEU nasihatkan kakitangan sendiri untuk tingkatkan prestasi kerja..kan?

MASEU boleh cakap 'Kami tidak minta naik gaji, kami tidak minta apapun daripada kerajaan'. Betulke ni? Memanglah tak mintak naik gaji sebab memang dah termaktub dalam perjanjian kesatuan kenaikan gaji tahunan. Tak payah mintak pun, gaji tetap kena naik ikut perjanjian kan!

Tahun lepas hasil MAS meningkat sebanyak 10% kepada RM15.1 bilion berbanding RM13.8 bilion tahun, bisnes naik tapi masih rugi kerana kos yang tinggi.

Apa kata MASEU duduk berbincang dengan pengurusan MAS kot-kot boleh bagi idea bagaimana nak kurangkan kos? Ataupun takut nak berbincang sebab nanti kene batang hidung sendiri?

2 comments:

Anonymous said...

Aku nk ckp satu je...mna2 bisnes pun kt muka bumi ni hatta bisnes kt kg pun kalau perbelanjaan melebihi pendapatan apa maksudnya? Istilah bisnes adalah KERUGIAN. Haa...ni la yg jadi pada mas skrang...mcm mna nk buat 2? Ceo ke pegawai atasan ke...pekerja bawahan ke...masing2 ada tanggungjwp. Kesatuan sekerja mmg x de hak nk campur urusan mas melainkan korang semua ada share holder dlm mas. Kalu nk sgt cmpur tangan pakat masing2 potong gaji potong elaun potong belanja pengurusan lain2 yg x berkaitan. Dh ok nnti kesatuan tuntut semula benda2 ni.

Yati_Besut said...

Ni gila ka apa?kesatuan sekerja nak gulingkan majikan?

Bodo punya MASEU!

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA