networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Thursday, July 24, 2014

Pesawat TransAsia Terhempas Di Taiwan Malam Tadi...


TAIPEI 23 Julai - Pesawat TransAsia Airways GE222 yang terhempas ketika membuat pendaratan cemas di kepulauan Penghu, selat Taiwan terbakar selepas gagal membuat cubaan pendaratan kali kedua ketika cuaca buruk.

Menurut laporan awal, 51 orang dipercayai terbunuh dan tujuh lagi mengalami kecederaan parah.

Pesawat dengan 54 penumpang dan empat anak kapal itu dipercayai cuba melakukan pendaratan pertama di lapangan terbang Makung Penghu tetapi gagal dan cubaan keduanya menyebabkan ia tersasar ke perkampungan Penghu Siansi Xixi yang terletak berhampiran.

Laporan awal menyatakan pesawat itu dalam perjalanan dari Kaohsiung ke lapangan terbang Magong di sini itu terhempas pada kira-kira pukul 7 petang (waktu tempatan).

Menurut jadual, pesawat ATT-72 turboprop itu dijadualkan berlepas dari Koahsiung pada 4 petang. - AGENSI

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA