networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Wednesday, July 23, 2014

SUSULAN CAS KENDERAAN MASUK MALAYSIA, DAP YANG LEBIH-LEBIH..CC @NAJIBRAZAK @KHALEDNORDIN @KHAIRYKJ


Susulan cadangan pemuda UMNO Johor dan Kerajaan Negeri Johor untuk mengenakan cas kepada kenderaan yang masuk ke Malaysia..PM Najib Razak baru sahaja bersetuju menerima cadangan tersebut..belum pun keputusan muktamad di buat..belum pun tempoh pelaksanaan diumumkan...ADUN DAP sorang ni pula lebih-lebih...dia tahu tak yang Singapura yang mula menaikkan cas bayaran Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) khas untuk kenderaan luar yang akan masuk ke Singapura...

Sekarang ini, Singapura telah mengenakan bayaran S$ 20 iaitu bersamaan RM 50. Namun, bermula 1 Ogos Lembaga Pengangkutan Darat (LTA) Singapura akan menaikkan cas tersebut kepada S$ 35 iaitu RM 90..ni amaun 'lebih kurang' tukaran RM kepada S$

Inilah cara permainan ekonomi yang dimainkan oleh Singapura bagi mengenakan tekanan ekonomi kepada rakyat Malaysia..berdasarkan kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi menegaskan bahawa hanya SIngapura sahaja yang mengenakan cas bayaran kepada kenderaan dari Malaysia..

Malaysia baru hendak mencadangkan ingin mengenakan bayaran VEP RM 20..Singapura pula akan nak naikkan ke RM 90...tiba-tiba DAP sorang ni pula tak setuju...agaknya dia tak tahu yang selama ini Singapura telah kenakan VEP dan akan naikkan plak tu...Ini mereka mahu menaikkan cas kepada RM 90...DAP tak ada nak komplain ke?mereka ni lebih Singapura dari Malaysia agaknya...

Nanti jangan pula DAP keluarlah suara sumbang kata Singapura naikkan cas VEP kerana negara mereka kecik sudah ler...

Sudah banyak kita mengalah dengan Singapura...dengan memberi air yang murah...rakyat Singapura pula masuk ke Malaysia bawak kereta macam pelesit..langsung tidak mematuhi had Laju..di negara mereka tahu pula patuh...

Aku juga ingin mencadangkan bahawa...JPJ atau PDRM yang mengeluarkan saman kepada kenderaan Singapura perlu meminta mereka menjelaskan bayaran sekiranya mahu masuk ke Malaysia semula...sudah-sudahlah kita hendak mengalah...

RM 20 bagi Singapura tak jejas mana pun ekonomi rakyat mereka..tetapi S$35 bagi rakyat Malaysia yang hendak masuk ke negara itu amatlah besar...Rakyat Singapura shoping di Malaysia dengan S$200 boleh penuh 1 kereta...RM 200 belanja di Singapura apa yang kita dapat?inilah cara mereka menguasai ekonomi..janganlah kita hanya tahu mengalah!sepatutnya RM 90 barulah sepadan dengan cas yang ingin dinaikkan Singapura...

Sebagai rakyat Malaysia..aku scadangkan Gomen Malaysia memandang serius 2 perkara yang aku jelaskan iaitu Jumlah VEP RM20 perlu dinaikkan RM 90 dan Pesalah kenderaan dari Singapura perlu membayar Saman sebelum keluar Malaysia atau hendak masuk Malaysia...janganlah mengalah lagi!


HE : Pak polisi silalah bertegas sikit dengan pesalah jalan raya...jangan terima rasuah..jangan kompromi..salah tetap salah! 

1 comment:

Anonymous said...

Sepatutnya VEP kenderaan Singapura ke Malaysia dibayar dalam SGD. Jadi daripada dikenakan RM20, sepatutnya dia bayar SGD20!

Begitu juga dengan kenderaan rakyat Malaysia yang menggunakan plat Singapura semata-mata supaya dapat bekerja berulang-alik ke sana tanpa dikenakan VEP. Kerajaan Malaysia tidak mendapat manfaat daripada kenderaan yang diletakkan di Malaysia pada waktu malam dan hujung minggu tapi cukai dibayar kepada Singapura.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA