networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Wednesday, July 30, 2014

TMJ BERI PENJELASAN ISU KESULTANAN JOHOR GUNA DUIT RAKYAT...WAJIB BACA,




Assalamualaikum w.b.t

Saya sedar ini adalah laman rasmi bola sepak negeri Johor. Bukan laman politik mahupun agama, akan tetapi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi pengetahuan dan fakta kepada rakyat negeri Johor dan seluruh rakyat di Malaysia yang saya hormati.

Baru-baru ini saya dapati ada beberapa komen yang negatif dan kurang arif daripada sesetengah individu berkenaan gambar bot saya yang dimuat naik oleh laman JOHOR Southern Tigers.

Ada terdapat beberapa pihak yang selalu menanyakan berkenaan hal duit rakyat. Oleh itu izinkan saya menggunakan ruang ini untuk memberi maklumat yang tepat serta ringkas dan anggaplah ini sebagai satu pelajaran yang boleh menambahkan pengetahuan berkenaan fakta Kesultanan Negeri Johor.

Negeri Johor ditubuhkan pada tahun 1885 beserta kerajaan dan perlembagaan sendiri sebelum wujudnya kerajaan persekutuan yang mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan untuk pengetahuan juga, Askar Timbalan Setia Johor (JMF) ditubuhkan pada tahun 1886.

Berkenaan isu duit rakyat yang dibangkitkan oleh individu-individu yang kurang arif ini, saya akan membuat kenyataan hari ini yang mana rakyat Johor boleh baca dan faham untuk disampaikan kepada generasi yang akan datang sehingga ke cucu cicit kita.

Untuk makluman semua, Kesultanan Johor pernah melanggar perlembagaan kerajaan negeri Johor pada tahun 1899 kerana ketika itu DYMM Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar menolak gaji sebagai Sultan yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri Johor ketika itu, dimana dana tersebut disalurkan kepada tabung yayasan yang sekarang ini dikenali sebagai Yayasan Iskandar, dengan Almarhum bertitah "Sebagai Raja dalam negeri ini, aku tak patut ambil duit rakyat aku". Dan objektif yayasan ini adalah untuk kerajaan negeri membantu rakyat negeri Johor yang memerlukan.

Sehingga hari ini, Yayasan Iskandar digunakan untuk pembiayaan pembelajaran, untuk menunaikan haji, menaik taraf kemudahan sekolah-sekolah agama dan lain-lain lagi.

Segala hasil atau pendapatan Kesultanan Johor datang daripada estet getah dan kelapa sawit sejak zaman DYMM Almarhum Sultan Ibrahim sehinggalah kini, yang mana sekarang ini dikendalikan oleh MADOS.

Saya tidak perlu dedahkan berapa jumlah zakat yang DYMM Sultan dan saya telah salurkan setiap tahun. Perkara ini saya bangkitkan kerana ada sesetengah individu yang bodoh sombong, kurang arif dan tidak boleh diajar lagi.

Segala elaun yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri Johor kepada saya sejak saya menjadi Raja Muda sehinggalah sekarang disalurkan kepada Yayasan Iskandar dan apa yang saya ada sekarang adalah kurniaan daripada ayahanda saya sendiri.

Ini bukan untuk membangkit tetapi hanya sekadar untuk memberi maklumat ringkas sejarah Kesultanan Negeri Johor.

Lagi sekali kepada individu-individu yang kurang arif sebelum membuat kenyataan, kaji dan belajar dulu sebelum membuat kenyataan yang boleh mengaibkan diri anda sendiri.

Saya tidak perlu risau kerana saya tidak mencuri duit sesiapa.

Akhir kata,

"Janganlah cemburukan senyuman saya kerana saya telah puas menangis sebelum saya dapat merasainya.

Janganlah cemburukan kasih sayang saya kerana saya telah melalui kepahitan untuk membinanya.

Janganlah cemburukan kehidupan saya kerana saya telah melalui pelbagai rintangan untuk menghargainya."

DYAM Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

HE : Puak2 pembangkang memang suka buat fitnah...

5 comments:

hisham jaafar said...

https://www.facebook.com/133508756797280/photos/a.197985067016315.1073741825.133508756797280/353131411501679/?type=1&notif_t=like

Anonymous said...

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=353543461460474&id=133508756797280&notif_t=like

Pakngah Kimi said...

DAULAT TUANKU kami rakyat johor memang telah lama tahu cuma ada segelintir yang telah hilang jati diri dan telah lupa usul asal

Anonymous said...

kami tak faham macam mana akhbar The Star ada kata Kjaan Pusat kena keluar belanja RM179 juta untuk biyai kos ubah suai istana di Johor. Kan Tuanku banyak duit?kaya raya

Anonymous said...

Kalau nak banding antara kenyataan suratkhabar dgn kenyataan TMJ....aku lebih percaya TMJ.....

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA