networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Tuesday, July 22, 2014

TRAGEDI #MH17: HENTIKAN KECAMAN TERHADAP MAS..TIADA SIAPA MAHU IA TERJADI!


Malaysia menghadapi saat paling sukar pada tahun ini apabila Syarikat penerbangan milik Negara kita ditakdirkan berhadapan dengan 2 tragedi dalam tahun ini sahaja..Tragedi MH370 dan MH 17 sangat berbeza…ada juga cakap-cakap orang mengatakan MAS tidak belajar sesuatu apa yang telah berlaku ke atas MH370…

Di sini aku hendak nyatakan bahawa dalam tragedy MH370, kita tidak tahu kemana dan dimana pesawat itu berada sekarang..dan MH17 pula kita ketahui jawapannya yang ianya telah ditembak jatuh…pesawat MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur telah dilaporkan terhempas ditembak pada 17 Julai lalu…

Bolehkah kita menyalahkan MAS semata-mata kerana laluan yang digunakan itu berada dalam keadaan tegang atas konflik Ukraine dan pemisah Rusia? Jawapannya tidak! setakat ini masing2 menuding menuduh satu sama lain siapa yang bertanggungjawab….

Biarpun ianya berada di ruangan udara zon konflik tetapi ianya telah disahkan selamat. Hairan sungguh bilamana ada pihak yang cuba meraih popuariti murahan dan hina dengan mengatakan laluan tidak selamat…Pemuda PAS seharusnya berasa malu kerana dakwaannya tu bukan tak masuk akal..tetapi sangat mengarut dan gila…

Ini insiden yang tidak diingini…bolehkah kita mengatakan :

"Mendiang Karpal Singh meninggal kerana dia balik menggunakan Alphard…jika dia naik Kapal Terbang sudah tentu selamat dan tak mati…"

Jawapannya TIDAK!! Itu tohmahan sesat dan tak masuk akal!!! samalah dengan dakwaan laluan udara Ukraine ni yang terjadinya kes MH17…Sepatutnya sabagai seorang Islam, Pemuda PAS itu perlu percaya akan Qada’ dan Qadar…bukan kerana nak cari salah Kerajaan sanggup mengabaikan rukun Iman..boleh tergelincir akidah!

Masyarakat dunia memandang tragedi MH17 adalah 1 insiden gelap yang memilukan dunia..berbeza dengan kelompok pembangkang di Malaysia..mereka sentiasa berlumba-lumba untuk menyalahkan MAS..kalau boleh nak salahkan pilot tu kerana tak lencongkan ke kawasan selamat..bila sudah menyalahkan MAS maka mereka boleh terus mengatakan "SEMUA SALAH UMNO dan SALAH BN"..mengarut bukan…tetapi itulah yang kerap dilakukan oleh Pakatan Pembangkang di Malaysia!

Kita hanya mengetahui setakat ini pesawat MH17 hanya ditembak…siapa yang ditembak tidak dapat dipastikan…tapi pihak yang terlibat dalam radar kita ialah Rusia atau kumpulan Rusia disokong di timur Ukraine atau Ukraine..Rusia dan Ukraine masing-masing ada menggunakan pelancar BUK yang mana pelancar jenis ini yang digunakan semaa menembak jatuh MH17…Siapa melakukan kita tidak pasti…

Sumber Risikan Amerika juga telah menegaskan bahawa, picu BUK itu dilepaskan bukan untuk mensasarkan kepada Pesawat Penumpang..ada juga pihak beranggapan barangkali sasarannya PICU BUK ialah kapal Terbang Presiden Rusia Vladimir Putin, kerana ia menggunakan laluan yang sama dan yang paling penting kedua-dua pesawat ini sangat banyak persamaan…


Kita tidak boleh menyalahkan MAS semata-mata kerana menggunakan ruangan udara zon bergolak..untuk yang masih belum mengetahui, ada 5 Syarikat Penerbangan yang kerap menggunakan ruang udara Ukraine dalam masa 7 hari ini iaitu :

1. Auroflot Russian Airlines sebanyak 86 kali

2. Singapore Airlines 75 kali

3. UIA sebanyak 62 kali

4. Lufthansa sebanyak 56 kali

5. MAS sebanyak 48 kali


Dan Air India cuma berada kurang daripada 25 kilometer daripada MH17. Dalam jarak masa cuma 90 saat jauh.

Adakah adil kita hanya menghukum MAS kerana melalui ruangan udara Ukraine? jawapannya TIDAK! Mengapa menyalahkan Malaysia Airlines untuk menggunakan laluan yang apabila orang lain menggunakannya juga?

Kesatuan Eropah kawalan trafik udara pengawal selia - Eurocontrol - telah menutup ruang udara di timur Ukraine dan perancangan laluan yang mengelakkan Ukraine sama sekali. Setakat yang diketahui, penerbangan komersial perlu mengelakkan ruang udara Ukraine. MAS juga mengikut langkah yang sama apabila pesawat MH 21 Paris ke KL telah diarahkan mengelakkan ruangan udara tersebut..bukan MAS sahaja, Syarikat Amerika juga ambil langkah yang sama…

Aku yakin, ramai yang beranggapan dah terkena baru nak bertindak…bagi aku..ia lebih elok dari tak bertindak apa-apa dan belajar dari pengalaman ini…adalah tidak adil jika kita hendak menghukum MAS dan melabel MAS bukan lagi syarikat penerbangan yang selamat…bagi aku..kejadian yang berlaku ini adalah insiden yang tidak dapat dielakkan…MAS tetap mengambil langkah berjaga-jaga…

HE : 1 soalan untuk PAS yang tak ada akal…jika anda ada syarikat penerbangan milik PAS sekalipun...adakah anda tahu dan boleh elak dari dikejar misil??Sepatutnya PAS lebih memahami Ajal Maut ditangan tuhan…

4 comments:

Anonymous said...

Saya turut ingin berkongsi rasa kesedihan..saya mengikutinkisah tragedi MH17 ini dari malam 17 hingga kini..bayangkan jika keluarga anda ada di dalam pesawat itu..anda hanya mahukan yang terbaik dari kerajaan untuk seelok-eloknya membawa pulang jenazah.memang sedih bilamana ada pihak tidak bertanggungjawab menghina usaha kerajaan dan menghina syarikat penerbangan MAS.rakyat negara lain tidak salahkan MAS.kita sebagai rakyat Malaysia ptut sokong usaha kerajaan dan MAS.terima kasih

Anonymous said...

Bah. Pertama:

BANGANG betul PEMUDA UMNO dlm. perhimpunan mereka yg. pi bawa bendera PENJAJAH Barat tspt. UK/Germany yg. merupakan penyokong kuat ZIONIS/Israel -KEPARAT termasuk membunuh dengan rakus dlm GENOSID, BUMIPUTERA Islam Palestin dan Bumiputera Ortodox Kristian Russia di Ukraine sekarang (lihat di - http://www.stopwar.org.uk/news/david-cameron-defends-israel-s-right-to-defend-itself-by-murdering-women-and-children-in-gaza#.U8NC0UA4L1U , Cameron supports Israel's right to defend itself by murdering women and children, By Robin Beste 10, July 2014, dan di -. http://www.henrymakow.com/david_camerons_roots_in_opium.html , David Cameron's Roots in Jewish Banking, Opium by Brian Akira; abridged from his Blog, May 27, 2010)!

Inilah BALAnya bila pemimipin UMNO LIBERAL-BANGANG dah MENGUASAI PEMUDA UMNO!

Insiden amat kejam kat MH370 & MH11 kita ini juga disyaki berkaitan strategi berterusan dan makin agresif si ZIONIS-Barat dan ejen mereka dari PAP-DAPBANGKAI/PKRSODOM, utk. memisahkan Sabah-Sarawak yg. amat kaya minyak-gas, dari Malaysia dan disatukan dgn. S'pura - supaya dpt. menubuhkan satu lagi 'Israel' utk. MENGUASAI Asia spt. mana Israel ditubuhkan dgn. amat BUAS utk. MENGUASAI Timur Tengah yg. kaya minyak-gas di samping menjatuhkan ISLAM/umatnya di Dunia Islam (lihat di http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html, THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, September 2, 2009; dan di - http://www.presstv.ir/detail/2014/02/22/351741/germany-offers-to-represent-israel/, Germany offers to represent Israel in some Muslim countries, Feb 22, 2014)! Itulah yg. aku heran - apasallah K'jaan kita terlalu beri muka pd. S'pura yg. adalah pusat Mossad/CIA-MI6-Perisik Jerman sampai TANAH PUSAKA kita asyik TERGADAI kat S’pura?!

Dan aku heran betullah kenapa kuasa begitu besaq diberi pd. Kem. Pengangkutan; patutnya Kem. PERTAHANAN turut serta sbg. pakar FORENSIK bedah mayat (yg. sekrg. dimonopoli si pakar Barat-ZIONIS) , pakar bahan letupan dan kepakaran lain dlm. badan penyiasat antarabangsa tu! Kem. Luar/Kem. Pertahanan memang patut masuk campur dgn. AGRESIF, kerana insiden MH17 ini berkaitan Geopolitik-paling DAJAL ZIONIS-Israel dan penyokong NATO-Baratnya, yg. menguasai rejim Ukraine tu (lihat di http://www.intrepidreport.com/archives/12495, Ukraine and Latin America: Same neocon cabal behind political disruption, By Wayne Madsen, March 24, 2014; dan di - http://www.intrepidreport.com/archives/13639 , Strategy of killing civilians in Gaza and eastern Ukraine has same culprits, By Wayne Madsen, Posted on July 18, 2014 )!

Makcik Sambal Belacan.

Anonymous said...

Bah. kedua:

Patutnya jgnlah. hanya serahkan pd Kem- Pengangkutan – kerana insiden MH11 ini bukan kemalangan biasa! Di samping itu, rejim Ukraine seolah tak nak beri kerjasama pd. Malaysia (lihat di http://thekl-chronicle.blogspot.com/2014/07/liowtionglai-ukraine-tidak-jamin.html , @LiowTiongLai : Ukraine tidak jamin keselamatan petugas, July 21, 2014), sedangkan si Barat, OSCE/INTERPOL senang saja masuk dan dijamin keselamatan mereka!

Lihat pemilihan Kem. Pengangkutan ini di http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140722 , /dn_05/3-pakar-Malaysia-ke-lokasi-kemalangan-hari-ini ,
3 pakar Malaysia ke lokasi kemalangan hari ini:

KIEV (Ukraine) 21 Julai - Malaysia telah menghantar satu pasukan yang terdiri daripada tiga orang pakar untuk mengambil bahagian dalam penyiasatan di lokasi kemalangan MH17, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, pasukan itu telah dipilih selepas Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE) meminta Malaysia untuk menamakan tiga pakar bertauliah bagi menyertai pasukan penyiasat antabangsa.

Tambahnya, OSCE juga memberi jaminan kepada mereka bahawa ia telah mengadakan perbincangan dengan kerajaan Ukraine dan kumpulan pemisah pro-Rusia mengenai keselamatan dan keselamatan pasukan penyiasat.

"Kami telah memberikan keutamaan kepada keselamatan mereka dan telah beberapa kali meminta jaminan dari OSCE. Ia adalah pesawat kami dan kita perlu mengetahui siapa yang menembaknya. Kami juga akan memastikan Malaysia turut menjadi sebahagian daripada pasukan penyiasat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pasukan yang akan menghantar laporan kemajuan kepada Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman, itu berlepas dari sini pada kira-kira pukul 5 petang waktu tempatan.

Dua ahli pasukan itu daripada DCA iaitu Kapten Philip Joseph Selvaraju, 42, dan Mohd. Naemy Fahimy Mustapa, 38, manakala anggota yang ketiga ialah Pengarah Kejuruteraan Malaysia Airlines, Azahari Dahlan, 53......

Kerana jgn. lupa – MCAcing adalah DALANG-Dua-MUKA-plg-MERBAHAYA; yg. sering bersekongkol dgn. si KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM serta penaja Barat-ZIONIS mereka, utk. MENGHINA/MENGGERTAK Islam/umatnya (aku pun heran bila MCAcing nak masuk kabinet balik semula dan baru pula dapat menguasai Kem. Pengangkutan sebelum insiden MH11 ni) – bukalah mata sikit pemimpin Islam/Melayu kita dlm. PEMUDA UMNO-BANGANG jgn. hidup dlm. LaLaLand –kerana realiti Geopolitik ZIONIS/Israel-Barat/NATO dan ejen tempatan mereka, sebenaqnya makin BUAS di Dunia ISLAM, termasuk di Malaysia kita!

Jadi aku harap 2 Black Boxes tu dlm. KAWALAN amat KETAT Pengarah Kejuruteraan Malaysia Airlines SAHAJA, En. Azahari Dahlan dan pegawai-pegawai TERTINGGI KEM. PERTAHANAN kita yg. dilapurkan telah berlepas ke Ukraine - setelah diserahkan tadi oleh Pemberontak pro-Russia.

Makcik Sambal Belacan.



Prof John said...

justice for mh17 please..

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA