networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Tuesday, August 12, 2014

Berita Baik Untuk Pengusaha Bas Sekolah Ganti BAS Baru!!! Tawaran Rebat RM 10,000 Dalam SKIM PENGGANTIAN BAS SEKOLAH S.P.A.D.


Berita baik untuk para Pengusaha BAS Sekolah apabila kerajaan telah bersetuju dalam Pengumuman Bajet 2013 untuk memberikan Rebat sebanyak RM 10,000.00 dan bayaran kadar faedah tetap 2% ke atas pinjaman untuk menggantikan bas sekolah lama yang berusia melebihi 25 tahun kepada bas baru.

Seringkali kita lihat pengusaha BAS sekolah masih lagi menggunakan bas-bas lama yang mana usia Bas tersebut sudah melebihi 25 tahun..Sebagai ibu bapa pun kita mahukan keselamatan anak-anak kita terjamin dengan kualiti dan keselesaan anak-anak kita berada dalam keadaan yang baik...

Jadi artikel ini kungkin penyelesaianya...ibu bapa boleh war-warkan perkara ni kepada pemandu-pemandu BAS Sekolah yang berkira-kira nak tukar Bas Baru...sapa nak bagi duit rebat sebanyak RM10,000 kan..jadi rebutlah peluang ini...

Aku perasan ada dalam kalangan pemandu BAS yang mengambil ringan dan secara semberono membawa pelajar sekolah melebihi kapasiti penumpang bas yang telah ditetapkan....yelah mungkin kita fikir...ini perkara biasa...tak jadi apa kita pun tak ambil kisah sangat...cuba kalau jadi hal mesti masa tu kita baru nak salahkan pemandu-pemandu bas...

Justeru itu, kita sebagi ibu bapa perlu saling ambil berat akan perihal ini..jangan kita fikir aku sudah bayar..jadi aku serahkan tanggungjawab 100% kepada pemandu bas sekolah tersebut..itu silap....

Bagi pengusaha-pengusaha BAS Sekolah yang hendak menganti BAS baru tu tapi tiada bajet lebih...jangan risau kerana Kerajaan ada memberi beberapa manfaat untuk anda...aku sarankan cuba gunakan rebat yang telah diberikan kerajaan ini...bawah ni penerangan terperinci tentang SKIM PENGGANTIAN BAS SEKOLAH S.P.A.D.







untuk dapatkan VERSI PDF Boleh Klik SINI

1 comment:

Bob Bas Sekolah Muar said...

Saya sudah memandu bas sekolah hampir 11 tahun..tapi usia bas saya sudah menjangkau 25 tahun..pelanggan setiap tahun makin berkurang kerana ramai yang sudah naik bas penghawa dingin..terima kasih kerana maklumkan perkara ini..saya cuba usahakan cara ini.terima kasih

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA