networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Saturday, August 2, 2014

DAP Dalang Kekecohan Di CIQ


Dari awal lagi, DAP telah menyatakan bahawa kenaikan kadar tol di CIQ Senai akan menyusahkan rakyat Singapura. Walaupun Singapura telah menaikkan kadar VEP mereka meroket tingginya dengan nisbah RM129 berbanding RM16.50 sehari oleh Malaysia, DAP tetap menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia telah berlaku zalim.

Justeru semalam, DAP melalui beberapa orang pemandu bas kilang telah bekerjasama untuk menghuru-harakan kompleks CIQ apabila dua orang pemandu bas kilang tersebut, memberhentikan kenderaan yang mereka pandu 100 meter dari tempat membayar tol, sekaligus menutup terus laluan bas untuk masuk ke Singapura.

Tindakan mereka telah menyebabkan laluan penuh sesak dan keadaan tersebut segera diambil kesempatan oleh para pemimpin DAP khususnya Nga Kor Ming dengan memberitahu, itu adalah mogok pemandu-pemandu bas dari Malaysia ke atas kenaikan kadar tol baru.

Apa yang dilakukan oleh DAP dengan kerjasama pemandu-pemandu bas kilang yang merupakan pecacai DAP itu, amat merugikan dan sangat merbahaya.

Sepatutnya tindakan undang-undang diambil ke atas ADUN Johor Jaya, Liow Chai Tong dan pemandu-pemandu bas kilang berkenaan. Malahan bas-bas kilang yang terbabit dalam melakukan sabotaj di CIQ itu perlu ditarik permit dan tidak dibenarkan beroperasi lagi. Begitu juga dengan permit syarikat-syarikat bas berkenaan perlu dibekukan dan tunjuk sebab perlu diberikan.

Mengambil kira tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan Singapura ke atas pemandu-pemandu bas yang mogok, Kerajaan Malaysia, khususnya Kerajaan Negeri Johor juga perlu melakukan perkara yang sama. Liow Chai Tong perlu diseret ke muka pengadilan atas Akta Hasutan. Manusia seperti Liow Chai Tong tidak boleh dibenarkan terlibat dalam politik kerana kecenderungannya untuk mensabotaj negara.


'Mogok' semalam sebenarnya telah dipentaskan oleh DAP dalam usaha mereka mendapatkan sokongan rakyat. Walaupun selepas bas-bas pecacai mereka dialihkan, aliran kembali lancar dan tiada sebarang protes dilakukan, sekaligus menunjukkan tohmahan dan hasutan DAP terutama sekali menerusi Liow Chai Tong hanyalah untuk menjaga kepentingan Singapura semata-mata.

Dua orang pemandu bas kilang telah berjaya dikenalpasti. Begitu juga dengan beberapa buah bas yang digunakan dalam drama mogok tersebut juga telah dikenalpasti. Berikut adalah nombor-nombor pendaftaran bas-bas kilang yang terlibat dalam cubaan mensabotaj laluan ke Singapura.


JDT 6408 yang dipandu oleh Chandran P.Gopa (ketua pemogok), JDA 7600, JEJ 6299, JCD 1656, WHT 959, DBM 778, JCB 4871, JDL 2306, WHC 959, JCB 487, JCW 4761, JNE 1881, JCG 487, MAB 9074, BJD 1349, JDT 3553, NAP 7903 dan JEJ 6299. -Buletin Sengal

1 comment:

Anonymous said...

Kupasan yang menark!MALAYSIA akan jadi macam Singapura jika DAP berkuasa..PKR PAS sahaja yang bebal tak nampak permainan puak kauvanis ni.kerana bencikan UMNO mereka telah merisikokan Malaysia untuk dijadikan macam Singpor

Mohon izin untuk print.nak edarkan kepada rakan-rakan ofis.tq admin

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA