networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Tuesday, August 19, 2014

Insiden Runtuhan Binaan MRT Kota Damansara - Pengerusi SPAD Mahu Siasatan Teknikal Secara Terperinci Dilakukan.. @SPADChannel


Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar telah melawat tapak lokasi Insiden MRT Damansara petang tadi..sepanjang sesi lawatan, Tan Sri Syed Hamid Albar telah mendengar taklimat mengenai insiden berkenaan dan menuntut siasatan terperinci dilakukan sebelum sebarang tindakan diambil...

Ketika sidang media, beliau menjelaskan bahawa pembinaan tersebut sepatutnya memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.

"Insiden ini bukan malang tak berbau, kita mahu punca teknikal kemalangan ini berlaku mengapa dan bagaimana ianya boleh terjadi."

Sepatutnya projek ini mengikuti spesifikasi yang telah ditetapkan iaitu metodologi, syarat dan keselamatan. Sebab itu laporan terperinci dilaksanakan segera sebelum sebarang tindakan diambil..

Kesemua 3 mangsa yang maut itu telah dibawa keluar dan urusan itu akan melibatkan pesuruhjaya kedutaan negara Bangladesh. Urusan mengenai jenazah pekerja warga asing akan diseliakan oleh pihak MRT dan kedutaan negara tersebut.

Mengenai tempoh masa laporan siap, menurut TS Syed Hamid, laporan awal biasanya diserahkan dalam jangkamasa seminggu. Beliau berkata, jangkamasa seminggu hanya melibatkan pasukan penyiasatan teknikal dan tidak termasuk laporan daripada pihak polis serta bomba.

Dalam perkembangan berasingan, kemalangan melibatkan MRT ini telah berlaku beberapa kali. Ekoran dari kejadian terbaru ini yang meragut 3 nyawa, CEO MRT Corp, Datuk Azhar Hamid umum letak jawatan serta-merta...

Berikut ialah beberapa keping gambar sepanjang lawatan Pengerusi SPAD di tempat kejadian...












HE : Takziah untuk keluarga mangsa dan kesemua krew pembinaan....

1 comment:

Anonymous said...

Aku syak kerja jahat ini termasuk "Black Hole" haritu, diSABOTAJ si KAPIRDAJAL PAP-DAPBANGKAI/PKRSODOM - sbg. ejen ZIONIS-CIA-MI6 yg. berpengkalan kat S'pura tu! Lihat di http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html, THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, Wednesday, September 2, 2009! Jadi sepatutnya CEO MRT tak payahlah nak berhenti! Tapi aku harap, MRT akan bayar PAMPASAN yg. secukupnya utk. keluarga mangsa dari pekerja asing dari Bangladesh yg. amat malang itu.

Si ejen Barat-Zionis ini, tak habis-habis nak MENJATUHkan NEGARA ISLAM ini melalui pelbagai cara termasuk pelbagai JENAYAH (yg. juga termasuk insiden MH370/MH17 serta kemalangan jlnrayayg. meluas, oleh lori-kereta-bas BUAS, yg. mensasarkan umat Islam/Melayu yg. senang dikenali dari pakaian serta ayat/hiasan Islam di kenderaan, yg. merupakan majoriti mangsa)!

Makcik Sambal Belacan.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA