networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Sunday, August 24, 2014

Kenderaan Awam Kelas Bas Dan Kenderaan Pelancongan Kelas BAS Perlu Laporkan Kepada SPAD Jika Berlaku Sebarang Kemalangan....


Pengendali kenderaan awam kelas Bas dan Pemegang Lesen kenderaan Pelancongan kelas BAS diingatkan agar melaporkan kepada pihak Suruhanjaya Pengankutan Awam Darat (SPAD) sekiranya kenderaan mereka terlibat dengan sebarang kemalangan...

Pengendali bas wajib untuk melaporkan kepada SPAD maklumat kejadian di talian Aduan SPAD (1-800-88-7723) dalam tempoh 2 jam. Keperluan melaporkan kemalangan ini dijadikan syarat am lesen untuk pengendali bas.

Pengendali bas tidak boleh memandang ringan keperluan untuk melaporkan kemalangan ini kerana berdasarkan Seksyen 22(3) dan Seksyen 41(3) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 menyatakan bahawa sekiranya pengendali berlesen bas dan pemegang lesen bas persiaran gagal mematuhi syarat yang dikenakan pada lesen pengendali atau lesen bas persiaran masing-masing, apabila disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak lebih daripada RM500,000 atau dipenjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali. 





No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA