networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Monday, August 25, 2014

Kurikulum PLKN Perlu Diubah Selaras Peredaran Waktu Agar Perpaduan Kaum Lebih Mantap Menjelang Tahun 2020...


Program Latihan Khidmat Negara merupakan sebuah program yang dirancang khas bagi remaja lepasan SPM. Program ini telah diperkenalkan pada tahun 2004 dengan menumpukan 4 modul utama iaitu Modul Fizikal, Modul Kenegaraan, Modul Pembinaan Karakter dan Modul Khidmat Komuniti...

Keempat-empat modul ini perlu dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan pelaksanaan bagi setiap sesi...Modul tersebut telah disusun atur dengan dengan baik yang mana jika digabungjalinkan kesemua modul akan mencapai objektif yang diinginkan iaitu :
  1. Meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda.
  2. Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.
  3. Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.
  4. Menyemarakkan semangat kesukarelaan.
  5. Melahirkan generasi muda yang lebih cergas,cerdas dan penuh keyakinan diri.
Mengikut pengalaman yang diceritakan anak saya, ada peserta yang benar-benar berminat dan ada peserta yang menyertai program ini secara paksa rela...itu semua respon para peserta ketika baru menjejakkan kaki ke tempat latihan..namun selepas program bermula dan modul dilaksanakan...motivasi dan minat pelajar yang pada mulanya merasakan diri mereka terpaksa sedikit demi sedikit berubah..

Apa yang menariknya di sini, peserta yang merasakan diri mereka terpaksa pada awal menjejakkan kaki ke PLKN itulah yang akan menangis dan tidak mahu menamatkan program ini ketika majlis tamat program..ini telah menunjukakan bahawa program ini amat memberi kesan mendalam kepada hati sanubari setiap peserta... 


Sejujurnya, saya mengatakan program ini memang bagus dan perlu diteruskan disamping perlu memberi nafas baru terhadap program ini menjelang tahun 2020..jika dihitung hanya tinggal 6 tahun sahaja negara kita menuju tahun 2020...jadi kita perlu menyediakan Modal Insan yang benar-benar berkualiti dan mempunyai semangat patriotik yang tinggi...

Sejak kebelakangan ini juga, negara kita diuji dengan bermacam bentuk ujian..dengan peristiwa Lahad Datu, MH370 yang tidak tahu kemana dan Insiden hitam MH 17 yang terhempas..Malah situasi politik dalam negar juga tidak stabil apabila pihak tidak bertanggungjawab telah menyebarkan anasir-anasir subversif yang mana jika tidak dikawal akan menggugat kestabilan perpaduan yang kita kecapi sejak 57 tahun dahulu...

Keutuhan dan kestabilan negara kita yang berbilang kaum dan bangsa terletak pada keutuhan perpaduan..jikalau benteng perpaduan ini rapuh makanya kita sendiri sudah mengetahui apakah kesan buruk yang bakal berlaku pada negara kita...


Di sebabkan hal ini, Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) sedang mengkaji semula kurikulum PLKN agar selaras dengan peredaran masa..Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), YB Datuk Noor Ehsanuddin Bin Haji Mohd Harun Narrashid berkata :
"Transformasi menyeluruh PLKN akan dilakukan pada tahun 2015. Perlaksanaan PLKN kini diteliti semula bagi membolehkan semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat mengikuti latihan itu mulai tahun hadapan. Buat masa sekarang, hanya 90,000 pelatih dapat mengikuti program berkenaan sedangkan lepasan SPM adalah melebihi 500,000 setiap tahun.
Penglibatan semua lepasan SPM ini tidak mungkin tempoh latihan akan dikurangkan. Ketika ini para pelatih menjalani latihan seama 12 minggu. Kurikulum akan disemak semula dengan menumpukan aspek perpaduan kaum. Penambahbaikkan ini juga perlu dilihat dari faktor kos, kini setiap peserta kerajaan membelanjakan sebanyak RM 8,000"
Sebagai rakyat Malaysia yang mencintakan keamanan dan pembangunan Modal Insan untuk masa depan, penambahbaikkan Kurikulum PLKN perlu dilakukan dan ianya telah dijanjikan oleh Pengerusi MLKN sendiri untuk melaksanakan transformasi PLKN pada tahun hadapan...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA