networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Sunday, August 10, 2014

Muafakat Raya Sasar Kumpul RM 30,000 Untuk Tabung Gaza.. @YayasanMesra @muhyiddin_my @KhaledNordin @MPKotaTinggi


Pada 16 Ogos 2014 ini, bertempat di Padang Bukit Kerajaan, Kota Tinggi, seluruh rakyat Rakyat Johor berpeluang menghadiri majlis Muafakat Raya anjuran Pejabat Daerah dan Pusat Khidmat Parlimen Kota Tinggi...

Program Muafakat Raya ini agak istimewa apabila 2 pemimpin tersohor dari Johor iaitu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin akan menghadiri Majlis Muafakat Raya ini...

Pihak penganjur turut menyediakan 20 hingga 30 gerai makanan bermula dari jam 4 petang hingga 10 malam...

Pada majlis tersebut juga akan diadakan kutipan Tabung Gaza yang mana hasil kutipan tabung akan diserahkan pada malam tersebut kepada Media Prima...Setakat ini, Yayasan Mesra sudah mengesahkan akan menyumbang sebanyak RM 10,000 kepasa tabung Gaza...Yayasan Mesra turut menyumbangkan sebanyak RM 15,000 untuk para pemenang keceriaan gerai...Yang menariknya di sini ialah semua bakal pemenang akan menyumbangkan duit kemenangan masing-masing kepada Tabung Gaza....

Pada sebelah malam, banyak aktiviti akan diadakan seperti persembahan artis, bacaan syair dan sajak...Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Ehsanuddin turut tidak melepaskan peluang apabila bakal mendeklamasikan sajak pada malam itu...

Jumpa di sana....


No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA