networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Friday, August 15, 2014

Pemandu Prebet Sapu Semakin Melampau...Berani Ugut Pegawai SPAD Menjalankan Tugas....


2 orang pegawai penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dilaporkan telah diugut ketika mereka melakukan penyamaran sebagai penumpang...Kes ini berlaku kelmarin apabila pegawai SPAD telah diugut untuk dibawa ke lokasi rahsia oleh pemandu kereta sapu di pekan Rawang, kelmarin.... 

Pemandu kereta sapu berkenaan enggan memberikan kerjasama selepas didapati bersalah menggunakan kenderaan persendirian untuk mengambil penumpang. Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, operasi dibuat selepas menerima aduan melibatkan lambakan kereta sapu yang mengganggu pendapatan pemandu teksi di sini. 

Sebanyak 54 anggota terdiri enam pegawai dan 48 pegawai penguatkuasa terlibat dalam operasi yang dibahagikan kepada 11 kumpulan. Beliau berkata, dalam operasi selama dua jam, sebanyak 11 kes diperoleh melibatkan lapan kesalahan tidak menggunakan meter, dua kereta sapu dan satu halangan. Datuk Che Hasni menambah, operasi bertujuan memberi peringatan dan amaran kepada pengusaha serta pemandu teksi untuk mematuhi peraturan dalam masa sama memberi kesedaran kepada pengguna. 

Jika sabit kesalahan, mereka yang tidak patuh boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 22 dan 16 Akta Pengangkutan Awam Darat memperuntukkan denda minimum RM1,000 hingga RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya. Tindakan sitaan juga boleh diambil namun sekarang pihak SPAD masih dalam proses mewar-warkan kepada pengusaha dan pemandu untuk mematuhi syarat yang ditetapkan. Bilangan kes terkumpul dari Jun 2011 hingga Julai 2014 adalah 6,017 sementara untuk tahun ini sebanyak 1,413 kesalahan telah disenaraikan sehingga Julai 2014.

Begitu berisiko tugas anggota SPAD untuk membanteras sindiket Prebet Sapu ini...pemandu prebet sapu ini semakin berani melanggar undang-undang...kita sebagai penumpang perlu bekerjasa dengan tidak menggunakan khidmat Prebet Sapu ni..bukan apa jika terjadi kejadian tidak diingini anda juga yang susah....jadi pastikan kenderaan yang anda naik itu Teksi yang berdaftar dan yang paling penting teksi tersebut mesti menggunakan meter agar kita tidak ditipu..,,

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA