networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Thursday, August 7, 2014

Pengusaha BAS Punca Kesesakan Di CIQ Perlu Jawab Notis Temu Siasat Kepada SPAD Dalam Masa Terdekat...


16 Syarikat pemandu BAS yang didapati protes di CIQ telah diberi notis oleh SPAD untuk memberi keterangan bagi membolehkan pihak siasatan lanjut dijalankan..kalau nak ikutkan dari pemberian notis tersebut..dalam masa terdekat ini pihak pengusaha Bas kena beri keterangan berkenaan insiden yang menyebabkan kesesakan teruk di CIQ minggu lalu....

Keterangan balas oleh pengusaha BAS ini penting untuk kita mencari solusi terbaik..memang agak tertekan selepas Singapura menaikkan caj VEP hampir RM 100..apapun kita tunggu apa jawapan dari pihak Syarikat Pemandu BAS tersebut dalam masa terdekat ini...
Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, pihaknya telah mengeluarkan notis temu siasat terhadap syarikat-syarikat berkenaan untuk datang dan memberi keterangan kepada pihaknya dalam tempoh berkenaan bagi meneruskan proses siasatan yang akan disiapkan pada minggu depan. 
"Tindakan mereka ini telah menyebabkan kesesakan luar biasa malah perbuatan itu mendatangkan kesusahan terhadap rakyat terutama sekali mereka yang menggunakan perkhidmatan tersebut selain pengguna jalan raya yang lain. 
"Kita telah membuka kertas siasatan dan menghantar notis untuk mengenalpasti jenis kesalahan yang mereka lakukan, kemudian sekiranya didapati melanggar syarat-syarat permit kenderaan, kita akan ambil tindakan," katanya ketika dihubungi semalam. 
Semalam, sekumpulan pemandu bas kilang melancarkan mogok serta enggan memasuki Singapura akibat tidak puas hati dengan kadar kenaikan tol yang dikenakan untuk keluar dan masuk negara ini di CIQ. 
Kejadian tersebut sekali gus menghalang pergerakan kenderaan di lebuh raya itu dan memaksa ribuan penumpang yang terdiri daripada pelajar sekolah serta pekerja kilang berjalan kaki menyeberangi Tambak Johor untuk ke Singapura. 
Tambah Che Hasni, tindakan itu boleh didakwa mengikut Seksyen 22 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang membawa peruntukan penalti tidak kurang RM100,000 dan maksimum RM500,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya jika didapati bersalah. 
"Selain itu, SPAD juga boleh menggantung serta membatalkan permit kenderaan mereka bergantung kepada hasil siasatan dan saya difahamkan pihak polis turut mengambil tindakan atas kesalahan menghalang lalu lintas. 
"Sebenarnya perkara begini boleh dibawa berbincang, pihak SPAD sentiasa membuka ruang untuk rundingan sekiranya ada perkara yang ingin disuarakan, jangan bawa ke jalanan dan menyusahkan orang ramai," jelasnya. 

HE : Untuk Rekod No Pendaftaran BAS yang dikatakan terlibat..JDT 6408 yang dipandu oleh Chandran P.Gopa (ketua pemogok), JDA 7600, JEJ 6299, JCD 1656, WHT 959, DBM 778, JCB 4871, JDL 2306, WHC 959, JCB 487, JCW 4761, JNE 1881, JCG 487, MAB 9074, BJD 1349, JDT 3553, NAP 7903 dan JEJ 6299...Kronologi kes Klik SINI

2 comments:

Anonymous said...

alah admin..SPAD xyah nak tunggu jawapan..memang rakyat dah tahu DAP bakor line!

Anonymous said...

Bangsat DAP!

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA