networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Wednesday, August 27, 2014

Perkhidmatan UBER Perlu Tepati Undang-Undang... @SPADChannel


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memberi respon berikutan kewujudan pengangkutan UBER yang mana ianya perlu mematuhi syarat yang telah ditetapkan oleh SPAD sebelum beroperasi...

UBER ni dalam bahawa mudahnya ialah sejenis pengangkutan awam yang menawarkan perkhidmatan macam teksi biasa..cuma para pelanggan hanya perlu menempah perkhidmatan hanya melalui internet atau pun telefon bimbit...

Bagi kita, perkhidmatan ini mungkin agak pelik kerana ianya tiada pejabat operasi malah tidak berdaftar dalam mana-mana syarikat..namun setakat hari ini terdapat 45 negara yang ada perkhidmatan UBER ni...

Namun, SPAD mengkehendaki pihak UBER agar mematuhi undang-undang, syarat dan terma yang telah ditetapkan sebelum ianya benar-benar selamat dan diyakini pengguna...Setakat ini pihak SPAD telah menghubungi pihak UBER menerusi telefon dan emel untuk memaklumkan perkara berkaitan syarat dan undang-undang pengangkitan awam..namun sehingga setakat ini pihak UBER tidak memberi sebarang maklum balas..


Hasil maklumat dan penelitian yang dilakukan SPAD, UBER tidak mematuhi beberapa syarat dan undang-undang yang telah ditetapkan sebagai kenderaan pengangkutan awam..Antara penelitian yang tidak diikuti UBER ialah :

1)  UBER menggunakan kenderaan persendirian dan juga kenderaan yang berdaftar di bawah perkhidmatan limosin "Sewa dan Pandu"

2) Penggunaan kenderaan persendirian untuk membawa penumpang yang membayar tambang adalah satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010. Perkhidmatan seumpama ini lazimnya dikenali sebagai "kereta sapu"...oleh kerana ianya telah ada lebih daripada 70 bandar mungkin masyarakat mengabaikan istilah kereta sapu...namun pelanggan perlu memahami bahawa UBER tidak mematuhi undang-undang yang ditetapkan SPAD...

3) Kenderaan yang didaftarkan di bawah perkhidmatan "Sewa dan Pandu" di bawah SPAD tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai perkhidmatan teksi atau limosin.

4) Siasatan SPAD mendapati ada antara pemandu UBER tidak memiliki lesen Perkhidmatan Pengangkutan Awam (PSV). Ini adalah satu kesalaha di bawah Akta Pengangkutan Awam1987.

5) Kenderaan yang sedang digunakan oleh UBER sekarang tidak dilindungi insurans kenderaan komersil dan mungkin juga tidak melalui pemeriksaan tahunan PUSPAKOM.

Pada hemah saya, jika UBER mahu beroperasi secara 'halal', ianya perlu mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan oleh SPAD..apapun perkara ini perlu diteliti masak-masak sebelum ianya beroperasi secara rasmi di Malaysia...kena tengok juga reaksi pemandu-pemandu teksi..sebab itu Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar sangat berhati-hati dalam perkara ini...

Namun, ada beberapa buah negara telah mengharamkan perkhidmatan UBER ini antaranya negara Brussels, Belgium. Korea Selatan juga sedang mencari untuk mengharamkannya pada masa akan datang atas alasan keselamatan penumpang dan ancaman kepada kehidupan pemandu teksi berlesen...

Antara alasan yang dikesan mengapa pengguna minat mendapat khidmat UBER ialah mereka mesra teknologi...SPAD turut mengalu-alukan penggunaan teknologi dalam perngangkutan awam...walaupun ada kebaikan perkhidmatan UBER ini, namun ianya perlu mematuhi dan selaras dengan kehendak undang-undang...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA