networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Saturday, August 30, 2014

Pesawat Hilang Kawalan...11 Cedera...






11 penumpang dan seorang anak kapal Singapore Airlines cedera apabila pesawat yang dinaiki mereka hilang kawalan seketika akibat cuaca buruk dalam penerbangan SQ308 dari Singapura ke London pada Ahad lalu.

Sebelum kejadian berlaku, pramugari sedang menghidangkan makanan kepada penumpang. Namun pesawat tersebut hilang kawalan dan jatuh 20 meter dari ketinggian asal.

Insiden itu menyebabkan makanan yang dihidangkan tertumpah dan mengotorkan pesawat.

Bagaimanapun, anak-anak kapal dan penumpang terdahulu telah dimaklumkan dan diarahkan untuk berada ditempat duduk sebelum insiden itu berlaku.

Seorang penumpang sempat mengambil gambar kesan air kopi tertumpah ke siling pesawat dan memuat naik gambar tersebut di laman Instagram.

Menurut salah seorang penumpang berkata, ketika kejadian itu suasana dalam pesawat amat mengerikan seperti di dalam lift yang menjunam jatuh ke bawah. -CopyPaste

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA