networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Wednesday, August 6, 2014

"Raja Gula" Bukan Milik Penuh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary...Tapi Milik MSM, Felda...Berakhirnya Legasi 45 Tahun Robert Kuok Sebagai Taikun Gula Malaysia....


Gula penting dalam hidup kita..kurang gula masakan atau minuman tidak manis...namun jika kita ambil lebih gula pula datang banyak penyakit...kurang tak boleh lebih pun tidak boleh...masyarakat kita memang sinonim dengan gula...ia merupakan keperluan wajib disetiap rumah di Malaysia...sampai ada orang kata kalau tak ada gula kat rumah memang bukan rumahlah.

Tamat Legasi Kuok sebagai “Raja Gula” selama 45 tahun.
Tapi tahukah kita siapa sebenarnya kuasa besar gula di Malaysia ketika ini?ada yang masih cakap Robert Kuok...dan ada juga yang kata Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang ambil alih 'Raja Gula' di Malaysia...sebenarnya jawapan itu tidak tepat...

Kalau dulu memang Robert Kuok pegang..tapi eranya sudah berakhir sejak Oktober 2009 lagi.. 


Ketua Pegawai Eksekutif
Kumpulan Malaysia Holdings Berhad (MSM),
Dato Dr Sheikh Awab Sheikh Abod
"Tan Sri Robert Kuok telah menjual keseluruhan ekuiti dalam dalam Malayan Sugar Manufacturing (MSM) yang membabitkan 50 peratus saham Kilang Gula FELDA Perlis Sdn Bhd (KGFP), ladang tebu seluas 5,797 hektar di Chuping, Perlis dan 20 peratus saham dalam Tradewinds (M) Bhd, kepada FELDA Global Ventures Holdings Berhad (FGVH)." -Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Holdings Berhad (MSM), Dato Dr Sheikh Awab Sheikh Abod
Dalam urusniaga perniagaan yang bernilai RM1.2 bilion itu, FGVH menguasai sehingga 70 peratus pembekalan gula di dalam negara, sekaligus menamatkan monopoli Kuok sebagai “Raja Gula” selama 45 tahun.

Kini Raja Gula milik Malayan sugar Manufacturing (MSM)..untuk makluman, MSM bukanlah dimiliki oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary...dan bukan juga MSM diwujudkan untuk membantu Tan Sri Syed Mokhtar...Tan Sri Syed Mokhtar kini hanya memiliki saham lingkungan 37-39% peratus sahaja...selebihnya milik MSM...

Tan Sri Syed Mokhtar kini hanya
memiliki saham lingkungan 37-39% Gula Malaysia
Harga Gula kita di Malaysia ini merupakan negara ke-2 termurah di rantau Asia dibelakang Thailand...Thailand ada ladag tebu..di Malaysia pula, negara kita beli gula mentah...ladang tu ada..tapi tak banyak...


Kalau tak kerana isu Gula ni kecoh di Parlimen dulu..mungkin ramai yang masih mengakui Robert Kuok sebagai raja Gula..dan ada juga mendakwa Tan Sri Syed Bukhari raja Gula...Pada sidang parlimen yang lalu, Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin yang juga salah seorang pengarah MSM telah “menegur” Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memutar-belitkan fakta pasal isu gula...

HE : Syabas MSM kini menjadi kuasa besar gula di Malaysia..1 lagi kejayaan Felda Global Ventures Holdings (FGVH)

4 comments:

Anonymous said...

sya ingat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary..rupanya MSM

Anonymous said...

i. Syabas...Tapi mengapa bila diambil alih harga gula jadi melambung tinggi?...

ii. Minta felda buat FELDA Ternak...(untk ternak ayam)...kepada peneroka baru. Berilah peluang orang lain (bukan anak felda)...pulak yang urus dan pemunya.

iii. Kekadang meluat juga...bila projek...semua dapat kepada anak-anak felda...openlah sikit.

Anonymous said...

Mampukah msm bertahan Lama seperti tan sri Robert kok?? MSM cuma blh beli Saja. Tp idea ,konsep perniagaan ,pekerja mahir mahir?? Blh beli dgn duit ke?? 65% ekonomi negara bergantung kpd kaum cina..

p'Cu said...

"Tan Sri Robert Kuok telah menjual keseluruhan ekuiti dalam dalam Malayan Sugar Manufacturing (MSM) yang membabitkan 50 peratus saham Kilang Gula FELDA Perlis Sdn Bhd (KGFP), ladang tebu seluas 5,797 hektar di Chuping, Perlis dan...."
☝yg aku paham dari sini, MSM sebelum ini saham terbesarnya milik Robert Kuok. Kini telah diambilalih FGV. 30% saham adalah milik TS Syed Mokhtar menjadikan beliau individu paling berkuasa dlm MSM kini.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA