networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Sunday, August 3, 2014

Remaja 15 Tahun Berdepan Hukuman Gantung Sampai Mati Di Johor



KOTA TINGGI: Seorang remaja berusia 15 tahun berdepan hukuman gantung sampai mati apabila didakwa di Mahkamah Majistret, Kota Tinggi, Johor hari ini atas tuduhan membunuh.

Remaja terbabit didakwa membunuh jirannya sendiri, Jariah Abu Bakar, 62, pada 22 Julai lalu.

Berdasarkan pertuduhan, remaja terbabit didakwa membunuh warga emas terbabit di rumah mangsa di No. 1213, Blok 9, Felda Lok Heng barat, Kota Tinggi pada pukul 12.05 tengahari.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Penolong
Pendaftar Mahkamah Sesyen Kota Tinggi Hairul Azhar Muhamad.

Hairul kemudian menetapkan 8 September ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu keputusan bedah siasat.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya, Natassa Zaini manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada 22 Julai lalu ia dilaporkan bahawa Jariah ditemui mati dalam keadaan tertiarap di ruang tamu rumahnya oleh anaknya yang baru pulang dari Kuala Lumpur untuk bercuti raya.

Mangsa merupakan ibu tunggal yang tinggal bersendirian dan mempunyai tiga orang anak


2 comments:

Anonymous said...

Budak ini berumur 15 tahun dan akan dibicarakan sebagai juvana. Tidak ada peruntukan hukuman gantung ke atas juvana yang membunuh. Jika bersalah dia hanya akan ditahan" at the pleasure of the King" dan dilepaskan selepas pengampunan. Harap semua jelas.

Anonymous said...

SAMPAH! Kalau 15yo dah pandai membunuh dan tak menghormati nyawa orang lain, lebih2 lagi wanita warga emas, bayangkan bila dah dewasa nanti.

Berani membunuh, berani menanggung hukuman nanti.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA