networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Wednesday, August 13, 2014

Tahukah Anda Murid Sekolah Ditawarkan Skim Insurans Bas Sekolah Murid-Murid SPAD ?


Bagi memastikan keselamatan dan menghadapi kecelakaan yang tidak diduga..kerajaan menerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) telah meluluskan Skim Insurans Murid-Murid Sekolah SPAD pada Pembentangan Bajet 2013 yang lalu...Skim Insurans Murid-Murid Sekolah SPAD ini akan dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia...

Skim ini bermula pada 2 Januari 2013 dan akan berterusan sehingga 31 Disember 2014...Jikalau ianya mendapat sambutan dan memberi kebaikan kita mengharapkan bajet 2014 ini peruntukan ini akan terus dikekalkan...

Jika semalam saya ada menulis tentang peruntukan khas Rebat kepada pengusaha BAS yang mahu menukar bas baru di SINI..hari ini tentang Insurans untuk pelajar pula...mudah sahaja untuk mendaftarkan anak-anak anda...tak perlu bayaran bulanan pun...cuma daftar secara online di link SINI

PENDAFTARAN SKIM INSURANS MURID SEKOLAH (SINI)
Ibu bapa pula boleh menyemak status BAS yang dinaiki oleh anak-anak anda di SINI..anda akan nampak paparan di bawah ini...pelayaran ini penting bagi menyemak samada status bas yang dinaiki anak anda untuk ke Sekolah itu berdaftar atau beroperasi secara haram...
Pemeriksaan Status Bas Sekolah SINI
Jikalau semua semakan berada dalam keadaan baik..daftarkanlah anak-anak anda segera...kita bukan mahu perkara buruk berlaku..sekurang-kurangnya jika kejadian tidak diduga berlaku kita dapat perlindungan insurans untuk anak-anak kita...

Kerajaan amat mengambil berat akan keselamatan pelajar-pelajar sekolah yang menaiki bas ke sekolah. Justeru itu, skim insurans ini adalah suatu langkah untuk mentransformasikan industri bas sekolah, yang mana ianya disediakan bagi membantu murid-murid dan keluarga murid bagi menghadapi keadaan yang tidak diduga.

Skim perlindungan insurans ini melibatkan murid-murid sekolah yang bersekolah di sekolah-sekolah berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia DAN menaiki/menggunakan bas-bas sekolah yang berlesen dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) diseluruh Semenanjung dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) bagi Sabah, Labuan dan Sarawak.

DI bawah ini adalah secara ringkas tentang Skim Takaful Kemalangan Berkelompok ini...


Jika mahu mengetahui maklumat lanjut anda boleh terus ke pelayaran SPAD di SINI

HE : Sebarkan info berguna ini...keselamtan dan perlindungan anak-anak kita tanggung jawab bersama....

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA