networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Tuesday, August 19, 2014

TERKINI - 3 DIPERCAYAI TERPERANGKAP RUNTUHAN JEJAMBAT MRT


KUALA LUMPUR: Syarikat Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) memaklumkan satu kemalangan telah berlaku di sebuah tapak pembinaan MRT berhampiran bekas Institut Penyelidikan Getah Malaysia berhampiran Kota Damansara di Petaling Jaya.
Dalam kenyataannya, sebuah jambatan yang dalam pembinaan dikatakan telah tertanggal dari tiangnya dan telah terjatuh.
MRT Corp mengesahkan bahawa tiga pekerja terperangkap di bawahnya.
Kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 8.30 malam tadi.
Menerusi tweet-nya, MRT Corp memaklumkan pasukan bertindak iaitu polis serta Pasukan Bomba dan Penyelamata telah digerakkan dan diletakkan keadaan bersedia di lokasi kemalangan.
Menurut laporan Astro AWANI jurucakap MRT Leaone Shen-li, mengesahkan kejadian dan pihaknya sedang menjalankan siasatan dan satu kenyataan akan dikeluarkan selepas ini. -SUMBER

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA