networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Monday, August 11, 2014

Terkini!!! @Khalid_Ibrahim Tidak Letak Jawatan...Sultan Perkenan Untuk Terus Bekhidmat...


Syabas...rakyat Selagor seharusnya bersyukur kerana Khalid terus memimpin Selangor dari diragut oleh pihak yang gila kuasa dan rakus....

Sekarang kuasa kekal di tangan Khalid...adalah lebih elok Khalid bersihka barisan exconya untuk memastikan Selangor terus kekal harmoni dari rampasan kuasa...


Sidang Media Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Tarikh : 11/8/2014, Isnin
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Tingkat 22, Bangunan SUK, Shah Alam.

VIP : Tan Sri Khalid Ibrahim

Kenyataan Media :
1. Saya telah mengadap DYMM Sultan Selangor hari ini pada 11/8/2014, 9 pagi di Istana Alam Shah, Klang untuk memaklumkan kedudukan saya sebagai Menteri Besar Selangor selepas pemecatan saya sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR).

2. Dalam pertemuan tersebut, saya telah sembah maklum kepada DYMM Tuanku bahawa saya telah dipecat daripada PKR pada 09 Ogos 2014 oleh Lembaga Disiplin PKR.

3. Lanjutan daripada pemakluman saya, DYMM Tuanku telah bertanyakan sama ada saya masih memperolehi kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri.

4. Saya telah memperjelaskan bahawa disebalik pemecatan saya sebagai ahli PKR, saya masih memperolehi kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri. [Menurut Artikel 53 (2b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor iaitu mendapat sokongan sekurang-kurangnya 4 orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), 4 EXCO tersebut dari PAS]

5. Justeru, DYMM Tuanku berpuas hati dengan penjelasan yang telah disembahkan dan selanjutnya DYMM Tuanku telah perkenan untuk saya terus memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor sehingga ada perkembangan baharu, saya masih kekal sebagai Menteri Besar Selangor dan akan menjalankan tugas seperti biasa.

Pertanyaan Wartawan
1. Ditanya oleh wartawan sama ada beliau bersedia mempertimbangkan tawaran PAS untuk menyertai parti tersebut? Khalid Ibrahim menjelaskan bahawa beliau belum memikirkan perkara itu kerana keutamaan beliau ketika ini ialah membersihkan diri daripada tohmahan PKR.

2. Menjawab pertanyaan wartawan sama ada pembubaran DUN ada dibincangkan dalam pertemuan bersama DYMM Sultan Selangor tersebut? Khalid Ibrahim menjelaskan bahawa pembubaran DUN tidak dibincangkan.

3. Menjawab pertanyaan wartawan sama beliau bersedia mewujudkan Kerajaan Perpaduan bersama PAS dan UMNO? Khalid Ibrahim menyatakan bahawa beliau belum memikirkan perkara itu lagi.

Ulasan :
1. Sidang media petang ini telah meleraikan teka-teki yang menjangkakan akan berlaku pembubaran DUN Selangor dan PRN Selangor yang menjadi perbincangan hangat rakyat ketika ini.

Utk makluman Adun PKR yg bersama TSKI ada 4 org (termasuk dirinya), Adun DAP yg bersama TSKI ada 2 org, dan Adun PAS yg bersama TSKI ada 12 org. Ditambah bersama Adun BN 12 org menjadi 30 org utk membolehkan TSKI kekal menjadi MB.


1 comment:

Anonymous said...

Peliwat ada peguam keliling pinggang pun masih BODOH dengan UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI SELANGOR....

Kah kah kah kah kah kah kah

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA