networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Tuesday, August 5, 2014

@YayasanMesra 'Memurnikan Masyarakat Sejahtera' Tumpu 3 Agenda Utama...


Yayasan Mesra, mungkin ramai yang belum menyedari kewujudannya..Berteraskan 'Memurnikan Masyarakat Sejahtera', Yayasan ini memberi tumpuan terhadap pembangunan sahsiah masyarakat melalui 3 agenda utama iaitu Ekonomi, Pendidikan dan Sosial.

Yayasan Mesra ini ditubuhkan pada 13 November 2013 di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952. Yayasan ini diasaskan bersama oleh YB Datuk Noor Ehsanuddin bin Hj. Mohd Harun Narrashid dan Encik Zamsari bin Jumani.

Tujuan utama Yayasan ini diwujudkan adalah untuk :

  1. Pemantapan Insaniah & Sahsiah masyarakat
  2. Mewujudkan pusat-pusat pendidikan dan latihan
  3. Mewujudkan Program kemasyarakatan dan kebajikan
  4. Membuat penyelidikan, menyedia pelan tindakan serta melaksana aktiviti/ program berkaitan pembangunan masyarakat.
Memang sewajarnya Yayasan ini diwujudkan bagi memenuhi tuntutan dan kehendak rakyat yang pelbagai..3 agenda utama iaitu Ekonomi, Pendidikan dan Sosial amat penting bagi memastikan kesejahteraan rakyat agar mampu mendekatkan pemimpin dan rakyat..Seterusnya membantu rakyat secara holistik..Kalau dilihat dari sudut tujuan Penubuhan Yayasan ini, ia menumpukan kepada pembangunan modal insan secara menyeluruh..

Semua golongan masyarakat dari semua peringkat iaitu remaja, belia, golongan penganggur, lepasan Siswazah, masyarakat pelbagai peringkat usia dan golongan kelainan upaya..semua ini bertujuan untuk menyediakan masyarakat yang berilmu pengetahuan untuk memajukan diri dan memantapkan ekonomi..Apabila semua ini sudah lengkap dan dilaksanakan dengan jaya maka teras utama 'Memurnikan Masyarakat Sejahtera' akan tercapai...

Kejayaan sesebuah Oraganisasi bergantung kepada tulang belakangnya...Anda pasti hendak mengetahui siapa sebenarnya yang menjadi menjadi mastermind Yayasan ini. Jom kita kenali tulang belakang Yayasan Mesra ini...



C1-1-6,8C1,Ayer@8,
Presint8, 62250 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya.
03-8893 5311


No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA