networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Saturday, August 16, 2014

@YayasanMesra Sumbang RM 25,000 Untuk Tabung Kemanusiaan Palestin...


Sebentar tadi telah berlangsung majlis Muafakat Raya yang bertempat di Padang Bukit Kerajaan, Kota Tinggi yang dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin dan Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Ehsanuddin..

Pada majlis berkenaan, Yayasan Mesra telah menyumbangkan sebanyak RM 25,000 kepada Tabung Kemanusiaan Palestin...Masyarakat sekitar Kota Tinggi turut tidak melepaskan peluang hadir ke Majlis Muafakat Raya tersebut...

Dianggarkan lebih kurang 30 gerai telah dibuka yang menyajikan berbagai jenis juadah sempena musim perayaan ini...

Pada malam ini, para pengunjung akan disajikan dengan berbagai aktiviti seperti persembahan artis, bacaan syair dan sajak...Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Ehsanuddin turut tidak melepaskan peluang apabila bakal mendeklamasikan sajak pada malam itu...

Berikut beberapa keping gambar sepanjang aktiviti pada petang tadi...
















No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA