networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Monday, September 8, 2014

1.5 Juta Kakitangan Awam Bakal Hilang Keistimewaan Pinjaman Perumahan Jika Bahagian Pinjaman Perumahan Dimansuhkan - Cuepacs


Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) membantah sekeras-kerasnya sebarang usaha memansuhkan Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia. Presidennya, Azih Muda berkata, sejak kebelakangan ini, terdapat ura-ura mengatakan Kementerian Kewangan sedang mempertimbangkan cadangan memansuhkan satu jabatan di bawahnya untuk digantikan dengan satu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau institusi kewangan bagi menguruskan pinjaman perumahan melibatkan penjawat awam. 

Menurutnya, sekiranya cadangan itu diluluskan, Cuepacs berpandangan, ia satu malapetaka kepada 1.5 juta penjawat awam di seluruh negara memandangkan Bahagian Pinjaman Perumahan merupakan satu-satunya entiti menjaga kebajikan penjawat awam dalam soal pemerolehan pinjaman perumahan. “Sekiranya satu entiti lain ditubuhkan, penjawat awam tidak lagi mendapat pelbagai kemudahan khas untuk membeli rumah, sebaliknya fungsi entiti itu pastinya tidak ubah seperti institusi kewangan lain seperti bank. 

"Cuepacs turut bimbang penubuhan institusi baharu yang dijangka berfungsi seakan-akan bank ini akan meningkatkan kadar dasar semalaman (OPR) pembelian rumah mengikut keadaan ekonomi semasa dan akhirnya bebankan penjawat awam. “Sekiranya Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia hendak dimansuhkan sekalipun, entiti yang menggantikan fungsinya mestilah merupakan sebuah entiti kerajaan yang tidak berasaskan keuntungan," katanya ketika sidang media Majlis Sepetang Bersama Presiden Cuepacs anjuran Majlis Daerah Kerian (MDK) di Dewan Merdeka, di sini kelmarin.

Azih berkata, Cuepacs turut berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil perhatian serius terhadap perkara ini, lebih-lebih lagi di saat negara dilanda kemelut peningkatan mendadak harga hartanah yang terlalu mahal dan di luar kemampuan majoriti penjawat awam. 

Selain itu, Azih turut kesal kerana Cuepacs tidak pernah dipanggil dalam membincangkan soal penutupan Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia yang semakin kuat diperkatakan sejak kebelakangan ini. “Saya turut difahamkan pengumuman mengenai cadangan penutupan jabatan itu akan dibuat Perdana Menteri pada bila-bila masa dan perkara ini amat menggusarkan Cuepacs.

“Sekiranya ura-ura itu benar, kami tidak akan teragak-agak mengajak semua ahli mengadakan perhimpunan besar-besaran bantah pemansuhan Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia,” katanya. Azih berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan motif sebenar pemansuhan jabatan itu adalah semata-mata untuk membolehkan sebuah GLC ditubuhkan dan pemimpin tertentu dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan menerima gaji ratusan ribu sebulan. 

Menurutnya, sepanjang Bahagian Pinjaman Perumahan ditubuhkan sejak 50 tahun lalu, ramai penjawat awam menerima manfaat dan mampu memiliki rumah sendiri. “Jangan hanya hendak penuhi kepentingan peribadi, kepentingan 1.5 juta penjawat awam yang menjadi tulang belakang kerajaan selama ini diabaikan begitu sahaja. Alasan jabatan itu ada terlalu ramai kakitangan untuk dijadikan modal pemansuhan tidak masuk akal dan Cuepacs akan tentang cadangan itu habis-habisan,” katanya.

3 comments:

Anonymous said...

Ingat masa pentadbiran Tun Abdullah Badawi.Berbagai usaha tersembunyi kononnya utk memantapkan urustadbir telah diadakan.Akhirnya PM tersungkur.Usaha kecil spt "JPJ akan laksanakan ukuran saiz plet kenderaan" adalah usaha tersembunyi supaya rakyat menentang kerajaan.Bayangkan ribuan tuanpunya pemilik kenderaan tak puas hati jika diminta menukar plet kereta dan dikena bayaran (bukan salah kita pun).

Maka usaha utk memansuhkan Bahagian Pinjaman Perumahan boleh jua dilihat sbg usaha/agenda tersembunyi pihak tertentu nak buat hal dgn CUEPAC dgn kerajaan.Ada yg suka melihat pertelagahan berlaku.Yg rugi adalah kakitangan kerajaan dan jua Najib.

Berhati2lah Najib.Jgn dianggap semua "usaha" penasihat kerajaan bertujuan baik.Ada udang di sebalik batu.

Anonymous said...

Najib adalah parasit dlm UMNO.
Najib perosak kerajaan yang dibangunkan PM terdahulu.

Anonymous said...

plss stop spread the rumors,...

bahagian pinjaman perumahan sendiri tak keluar apa-apa kenyataan, si pengerusi cuepac ni pulak yg pandai2..

ada hati tu nak ajak org buat bantahan??

-dendam kesumat belum habis lagi ni

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA