networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Monday, September 29, 2014

Aplikasi 'MyJourney' Bakal Diperkenalkan Untuk Kemudahan Pengguna Pengangkutan Awam


Satu aplikasi mudah alih telah direkabentuk oleh sebuah Syarikat berstatus MSC, Mapit MSC Sdn Bhd akan dirasmikan dalam bulan Oktober ini yang mana akan mengalakkan lebih ramai orang menggunakan pengangkutan awam dan cuba untuk mengelakkan persepsi umum bahawa pengangkutan awam tidak cekap...Aplikasi yang dikenali sebagai 'MyJourney' adalah direka dengan sokongan Suruhanjaya Malaysia Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)...

Kegunaan aplikasi yang bakal dilancarkan ini boleh membantu masyarakat merancang perjalanan dengan tepat dan teratur..Dalam fasa pertama, aplikasi 'MyJourney' ini akan menyediakan pengguna dengan maklumat mengenai plihan laluan yang ada dan mod pengangkutan seperti RapidKL, LRT, bas dan teksi untuk pergi ke sesuatu lokasi yang diingini

Aplikasi ini secara mudahnya macam peta yang mana pengguna aplikasi ini akan mengetahui dimana mereka berada sekarang dan boleh menuju ke lokasi yang mereka ingini..lebih kurang macam WAZE jugalah..WAZE kegunaannya untuk kita mencari jalan ke sesuatu lokasi yang kita mahukan...ada pilihan jalan sama ada mahu jalan yang ada Tol atau tidak..jalan jauh atau dekat..jalan sesak atau tidak...

Bezanya aplikasi 'MyJourney' ni pula ia memberi pengguna laluan yang ada dan pilihan seperti RapidKL, LRT, Bas atau Teksi..terpulang untuk pengguna untuk memilih yang mana satu...

Difasa kedua pula, applikasi MyJourney akan memberi maklumat-maklumat seperti data masa ketibaan dan pelepasan bas, komuter, monorel dan menyediakan satu sistem maklum balas yang membolehkan pengguna untuk memfailkan aduan...

Usaha ini bakal menampakkan perkembangan positif dalam industi pengangkutan awam yang mana aplikasi penggunaan teknologi dalam pengangkutan awam ini memudahkan urusan pengguna dari menghadap jalan raya yang sesak setiap hari...pelaksanaan aplikasi ini diharapkan mampu menyelesaikan masalah rakyat dengan boleh membuat pilihan mahu menggunakan pengangkutan awam antara LRT, RapidKL, Bas mahupun teksi..

Diharapkan pada masa akan datang perkhidmatan pengangkutan awam akan lebih baik yang mana memudahkan pengguna bergerak ke satu-satu tempat tanpa teragak-agak membuang masa menggunakan pengangkutan awam...stigma 'buang masa guna pengangkutan awam' ini akan berakhir jika teknologi seperti aplikasi ini telah digunakan sepenuhnya yang mana pilihan terletak di tangan pungguna..mereka akan membuat pilihan sebelum bergerak ke sesuatu lokasi..

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA