networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Thursday, September 25, 2014

FGV Lebih Gah Menuju Fasa Kedua Demi Kelangsungan Survival Warga Felda!!!


Sejak penyenaraian FGV (Felda Global Venture) dalam bursa saham Malaysia, kita dapat lihat hari ini Felda mengecapi kejayaan demi kejayaan yang mana kini FGV bakal menjadi sebuah kuasa ekonomi baru dalam kelas yang tersendiri bertaraf dunia. Jika diawal penubuhannya, Felda hanya dikenali dengan model pembangunan ladang Kelapa Sawit dan membela para peneroka...namun hari ini, FGV telah jauh berubah dan mampu bersaing di pasaran antarabangsa.

Mungkin ramai yang belum mengetahui bahawa FGV kini merupakan IPO (Initial Public Offering) ke-2 terbesar di Asia dan ke-3 didunia selepas Facebook dan japan Airlines. Dalam kita menghitung tahun menuju Wawasan 2020, FGV kini terus meluaskan empayarnya di antara 10 syarikat teratas dalam perniagaan tani, dan menerajui dalam sektor kelapa sawit, getah dan gular dari penanaman hingga pemprosesan, dari logistik hingga ke eksport.

Kejayaan yang diperolehi FGV akan dinikmati bersama dengan para peneroka yang mana menurut YAB DS Najib Razak "Felda akan terus memberikan bonus dan dividen kepada peneroka setiap tahun dan bukan melaksanakan pemberian ini secara 'one-off''. 

Inilah nikmat yang dikecapi bersama warga peneroka agar mereka seiring merasa nikmat kejayaan FGV. Sehingga hari ini banyak kejayaan yang telah dikecapi...

Oktober tahun lalu, FGV telah selesai pembelian Pontian United Plantations yang mempunyai tanah di Sabah dan Johor yang dijangka dapat mengukuhkan lagi kedudukannya.FGV tersenarai antara 30 syarikat terkemuka di Bursa Malaysia dengan permodalan pasaran berjumlah RM16.6 bilion.

Pasaran FGV semakin besar apabila setakat ini menguruskan 138 estet dan lebih 400,000 hektar ladang kelapa sawit, memiliki 72kilang kelapa sawit, 13 kilang penapis, 11 kilang getah, 10 pemasangan pukal, dua loji oleokimia dan satu kilang biodiesel.

Tahun ini, FGV bakal mengumumkan pengembangan dalam aktiviti kelapa sawit, getahatau tebu di Myanmar, Kemboja, Malaysia dan Indonesia. FGV juga sedang menjangkakan memperolehi lebih banyak tanah, menubuhkan kemudahan pemprosesan getah di Myanmar dan mengembangkan perniagaan minyak masak di Asia. 

Ia mempunyai lebih 200 anak syarikat dan beroperasi di 12 buah negara. Pada tahun 2013,FGV telah melaporkan perolehan sebanyak RM12.57 bilion dan keuntungan bersih sebanyakRM980.99 juta. Ia juga merupakan antara 30 firma utama Bursa Malaysia denganpermodalan pasaran yang paling tinggi sebanyak RM16.4 bilion pada Disember 2013.

Inilah sebahagian nikmat yang dapat dikecapi hasil usaha peneroka-peneroka sewaktu zaman penubuhan FELDA ketika era Tun Abdul Razak. Siapa sangka idea Tun Abdul Razak telah berjaya hingga tahap ini dan diwarisi oleh anakandanya..sehingga kini, DS Najib tetap memandang banyak lagi perkara akan dilakukan oleh Felda melalui FGV untuk bersaing dipasaran antarabangsa..

Jika kita hanya mengharapkan sebidang tanah yang hanya bersaiz 10 ekar memang mustahil untuk FELDA bersaing di pasaran antarabangsa.. Apa yang sedang dan akan dilakukan FGV ini adalah peaburan berbaloi untuk jangka masa panjang bagi memastikan survival generasi Felda seterusnya akan terus dibela dan berdaya maju...

1 comment:

Anonymous said...

jangan gebang je nampaknya saham fgv semakin merudum.jangan sampai fgv jadi peluru pihak yg suka ambil kesempatan.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA