networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Monday, September 29, 2014

Hazzirah Izzati Catat Sejarah Terima Ijazah Doktor Falsafah Pada usia 24 Tahun..Tahniah!


Oleh : idi

Hazzirah Izzati Mat Hassim dilahirkan pada 18 Mei 1990 di Kota Bharu, Kelantan. Beliau merupakan anak kedua daripada 8 orang adik beradik, anak kepada pasangan Mat Hassim bin Daud, seorang Penolong Pegawai Perubatan di Unit Kecemasan, Hospital Tumpat, Kelantan dan Martinawati bt. Salleh, seorang guru Bahasa Melayu di sebuah sekolah rendah di Kota Bharu.

Hazzirah memulakan pengajian peringkat awal di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian (1) pada tahun 1997. Pada tahun 1999, beliau menduduki peperiksaan Penilaian Tahap Satu (PTS) yang membolehkannya melangkau ke Tahun 5 pada usia 10 tahun. Kelulusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah melayakkannya untuk diterima masuk bagi meneruskan pengajian di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai pada tahun 2002 selama 3 tahun. 

Selepas tamat Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dengan keputusan 8A, beliau memohon untuk ke MRSM Bitara Pengkalan Chepa bagi meneruskan pengajian tingkatan 4 dan 5. Peluang belajar di MRSM Bitara Pengkalan Chepa dimanfaatkan sepenuhnya sehingga ditawarkan untuk turut serta dalam Program Ekspress UTM-MARA di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru : sebaik sahaja tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2006 dalam usia 16 tahun.

Pemilihan pelajar untuk mengikuti program ini adalah berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan SPM. Beliau kemudiannya mengikuti Program Persediaan Pra-Ijazah selama enam (6) bulan di UTM Johor Bahru bermula Januari 2007 hingga Jun 2007. Berdasarkan keputusan SPM (7A1, 3A2) dan keputusan peperiksaan akhir Program Ekspress UTM-MARA beliau berjaya untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan mendapat pinjaman boleh ubah dari MARA.

Selepas tiga (3) tahun mengharungi pengajian, beliau berjaya menamatkan pengajian dan bergraduasi pada Oktober 2010 dan telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan Kepujian Kelas Pertama dalam usia 20 tahun. Ekoran daripada itu, pihak MARA telah menukarkan pinjaman boleh ubah kepada biasiswa penuh. 

Beliau kemudiannya ditawarkan pula oleh UTM untuk melanjutkan pengajian terus ke peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) di bawah program Ph.D Fast Track UTM. Beliau menerima tawaran dan memilih untuk menjalankan kajian dalam bidang Matematik Tulen dan menerima biasiswa MyPhD yang ditawarkan oleh pihak KPT.

Objektif utama tesis Ph.D beliau yang bertajuk “The Homological Functors of Bieberbach Groups with Cyclic Point Groups of Order Two, Three and Five” adalah untuk menentukan beberapa struktur matematik baru bagi kumpulan kristalografi bebas kilasan yang dikenali sebagai kumpulan Bieberbach. 

Sepanjang pengajian, beliau telah berjaya menerbitkan beberapa kertas kerja dalam jurnal-jurnal berindeks dan tidak berindeks (lihat lampiran untuk senarai penerbitan beliau). Selain itu, beliau turut menyumbang dalam penerbitan buku “Advances in Group Theory, DNA Splicing and Complex Analysis” melalui dua bab bertajuk “The Nonabelian Tensor Squares of Some 2-Engel Groups” serta “Homological Functors of Some Finite Two-Generator Two-Groups of Nilpotency Class Two”. Beliau juga telah berjaya mendapatkan hakcipta dari UTM untuk projek beliau yang bertajuk “GAP Algorithms on the Computation of the Nonabelian Tensor Squares and Homological Functors of 2-Engel Groups of Order at Most 16 (GAP_NTS&HF2E)”.

Bagi meluaskan jaringan penyelidikan yang dijalankan, beliau terlibat secara aktif dalam kolaborasi penyelidikan bersama penyelidik dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Di samping itu, dalam menyempurnakan kajian projek Ph.D, beliau telah mengikuti Penyelidikan Sangkutan (Research Attachment) di bawah penyeliaan penyelidik ternama dari universiti di dalam dan luar negara termasuk UPSI, Perak pada April 2012, Januari 2013 dan April 2013; Ferdowsi University of Masshad, Iran pada Januari – Februari 2012, University of Palermo, Itali pada April 2012 dan University of Brasilia, Brazil pada Mei 2013. 

Beliau juga telah membentangkan hasil penyelidikannya di persidangan antarabangsa seperti Iranian Algebra Seminar di Sabzevar, Iran pada Januari 2012 , Biennial International Group Theory Conference di Istanbul, Turki pada Februari 2013, Asian Mathematical Conference di Busan, Korea pada Julai 2013, Algebra Seminar di University of Brasilia, Brazil pada Mei 2013 dan Algebra Seminar di Bandung, Indonesia November 2013. 

Tidak hanya tertumpu pada akademik dan penyelidikan, beliau turut bergiat aktif dalam persatuan Pasca Siswazah di peringkat Jabatan dan Fakulti serta terlibat dalam penganjuran beberapa program seperti Bengkel LATEX, Bengkel Groups, Algorithms and Programming (GAP), Bengkel Penyediaan Tesis dan Jurnal serta persidangan peringkat antarabangsa termasuk Biennal International Group Theory Conference (BIGTC) yang diadakan pada Februari 2011 dan International Science Postgraduate Conference (ISPC) pada November 2012. 

Di samping itu, beliau turut melibatkan diri sebagai ahli jawatankuasa pelaksana beberapa program anjuran Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) seperti Olimpiad Matematik Kebangsaan (2010-2014) dan Anugerah PERSAMA (2010-2012).

Pada 1 April 2014, Hazzirah telah menjalani Peperiksaan Lisan bagi pengajian Doktor Falsafahnya dan tesis Ph.D beliau telah diluluskan dengan pembetulan kecil. Setelah menyiap dan menghantar pembetulan tesis, beliau telah diperakukan oleh Jawatankuasa Senat UTM dan lulus Ijazah Doktor Falsafah pada usia 24 tahun 2 bulan.

SENARAI PENERBITAN HAZZIRAH IZZATI MAT HASSIM

Bab dalam Buku

1. Nor Haniza Sarmin, Hazzirah Izzati Mat Hassim, Siti Afiqah Mohammad, Bab dalam Buku bertajuk “A Bieberbach Group with Cyclic Point Group of Order Two and Its Homological Functors”, Recent Advances In Homological Functors and Capability of Groups. (penilaian)

2. Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Hazzirah Izzati Mat Hassim & Rosita Zainal, Bab dalam Buku bertajuk “The Nonabelian Tensor Squares of Some 2-Engel Groups”, Advances in Group Theory, DNA Splicing and Complex Analysis, 2012, 33-42. Penerbit UTM Press. ISBN: 978-983-52-0896-6.

3. Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Hazzirah Izzati Mat Hassim, Rosita Zainal & Ghazali Semil @ Ismail, Bab dalam Buku bertajuk “Homological Functors of Some Finite Two-Generator Two-Groups of Nilpotency Class Two”, Advances in Group Theory, DNA Splicing and Complex Analysis, 2012, 43-58. Penerbit UTM Press. ISBN: 978-983-52-0896-6.

Jurnal

(2014)

1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri, Nor’ashiqin Mohd Idrus. The Homological Functor of A Bieberbach Group with A Cyclic Point Group of Order Two. AIP Conf. Proc. 1605: 672-677. – diindeks oleh ISI dan Scopus.

2. Rohaidah Masri, Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Nor’ashiqin Mohd Idrus. The Generalization of of the Exterior Square of A Bieberbach Group. AIP Conf. Proc. 1602: 849-854. – diindeks oleh ISI dan Scopus.

3. Tan Yee Ting, , Nor’ashiqin Mohd Idrus, Rohaidah Masri, Nor Haniza Sarmin, Hazzirah Izzati Mat Hassim. Homological Functor of A Torsion Free Crystallographic Group of Dimension Five with A Nonabelian Point Group. AIP Conf. Proc. 1602: 691-695. – diindeks oleh ISI dan Scopus.

(2013)

4. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri, Nor’ashiqin Mohd Idrus. The Exterior Squares of Some Crystallographic Groups. Jurnal Teknologi. 62(3): 7-13. (eISSN: 2180-3722, ISSN: 0127-9696) – diindeks oleh Scopus.

5. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri, Nor’ashiqin Mohd Idrus. The Schur Multipliers of Certain Bieberbach Groups with Abelian Point Groups. AIP Conf. Proc. 1522: 1069-1074. – diindeks oleh ISI dan Scopus.
(2012)

6. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali. The Nonabelian Tensor Square & Homological Functors of Some 2-Engel Groups. Jurnal Sains dan Matematik. 4(1): 53-59. (ISSN: 1985-7918).

(2011)

1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali & Mohd Sham Mohamad. On The Computations of Some Homological Functors of 2-Engel Groups of Order At Most 16. Journal of Quality Measurement and Analysis (JQMA). 7(1): 153-159.

2. Nor Haniza Sarmin, Yuhani Yusof, Hazzirah Izzati Mat Hassim & Fadila Normahia Abd Manaf, The Commutativity Degree of 2-Engel Groups of Order at Most 20. Menemui Matematik. 2011. 33(1): 1-10.

Prosiding Persidangan

Peringkat Antarabangsa

(2014)

1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Siti Afiqah Mohammad “The Abelianisation of Bieberbach Groups with Cyclic Point Group of Order Three”, Proceedings of International Science Postgraduate Conference 2014 (ISPC 2014), pp 907-919. ISBN: 978-967-0194-39-4.

(2012)

1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri, Nor’ashiqin Mohd Idrus, “Exterior Squares of Some Bieberbach Groups with Abelian Point Groups”, Proceedings of International Science Postgraduate Conference 2012 (ISPC 2012), pp 95-112. ISBN: 978-967-0194-21-9.

2. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri, Nor’ashiqin Mohd Idrus, “On A Homological Functor of Some Bieberbach Groups With Cyclic Point Group of Order Two”, Extended Abstracts of 22nd Iranian Algebra Seminar, pp 160-163.

(2011)

1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali & Ghazali Semil@ Ismail, “The Homological Functors of Some 2-Generator 2-Groups of Nilpotency Class Two”, Proceedings of The First Biennial International Group Theory Conference 2011 (BIGTC 2011), pp 42-43. ISBN: 978-967-0194-01-1.
(2010)

2. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali & Mohd Sham Mohamad, “The Nonabelian Tensor Squares of Some 2-Engel Groups and Their Homological Functors”, Proceedings of 2nd International Conference on Mathematical Sciences (ICMS2 2010), pp 361-366. ISBN: 978-967-5878-03-9.

3. Azrul Azim Mohd Yunus, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Mohd Sham Mohamad & Hazzirah Izzati Mat Hassim, “The Homological Functors of Some Quaternion Groups,” Proceedings of 2nd International Conference on Mathematical Sciences (ICMS2 2010), pp 384-388. ISBN: 978-967-5878-03-9.

Peringkat Kebangsaan

(2011)

1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin & Nor Muhainiah Mohd Ali, “On The Nonabelian Tensor Square and Homological Functors of Some Finite Groups”, Prosiding Kolokium Kebangsaan Pasca Siswazah Sains dan Matematik 2011 (KOLUPSI 2011), pp 177-187. ISBN: 978-983-2063-36-0.

2. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor’ashiqin Mohd Idrus, Nor Haniza Sarmin, Robert F. Morse & Rohaidah Masri, “The Structure of The Abelianization of A Bieberbach Group”, Prosiding Simposium Kebangsaan Sains Matematik Ke-19 (SKSM 19), pp 480-486. ISBN: 978-983-42204-8-8.

3. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri, Nor’ashiqin Mohd Idrus, “Homological Invariants of Some Bieberbach Groups”, Proceedings of National Science Postgraduate Conference 2011 (NSPC 2011), pp292-298. ISBN: 978-967-0194-10-3.

(2010)

1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali & Mohd Sham Mohamad, “The Nonabelian Tensor Square and Homological Functors of The Dihedral Group of Order Eight”, Prosiding Seminar Kebangsaan Aplikasi Sains & Matematik 2010 sempena Simposium Kebangsaan Sains Matematik ke-18 (SKASM 2010 & SKSM 18), Jilid 2, pp 87-92.

Kertas Kerja yang Dibentangkan dalam Persidangan/Seminar

Peringkat Antarabangsa

(2013)

1. Rohaidah Masri, Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali & Nor’ashiqin Mohd Idrus, “The Generalization of the Exterior Square of a Bieberbach Group”, The Third International Conference on Mathematical Sciences, Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur, 17 – 19 Disember 2013.

2. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri & Nor’ashiqin Mohd Idrus, “Exterior Squares and Schur Multipliers of Bieberbach Groups With Cyclic Point Group of Order Two”, Algebra Seminar, Institut Teknologi Bandung, Indonesia, 30 November 2013.

3. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri & Nor’ashiqin Mohd Idrus, “The Schur Multipliers of Some Crystallographic Groups”, The Asian Mathematical Conference, BEXCO, Busan, Korea, 30 Jun – 4 Julai 2013.

4. Rohaidah Masri, Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali & Nor’ashiqin Mohd Idrus, “The Exterior Squares of Two Families of Torsion Free Crystallographic Groups”, The Asian Mathematical Conference, BEXCO, Busan, Korea, 30 Jun – 4 Julai 2013.

5. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri & Nor’ashiqin Mohd Idrus, “The Exterior Squares and Schur Multipliers of Bieberbach Groups With Cyclic Point Group of Order Two”, Algebra Seminar, Jabatan Matematik, Universidade de Brasilia, 17 Mei 2013.

6. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri & Nor’ashiqin Mohd Idrus, “Exterior Squares and Schur Multiplier of Bieberbach Groups with Elementary Abelian 2-Group as the Point Group”, The Second Biennial International Group Theory Conference 2013 (BIGTC 2013), Dogus University, Istanbul, Turki, 4 – 8 Februari 2013.

(2012)

1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri & Nor’ashiqin Mohd Idrus, “The Schur Multipliers of Certain Bieberbach Groups with Abelian Point Groups”, Simposium Kebangsaan Sains Matematik Ke-20 (SKSM 20), Palm Garden Hotel, Putrajaya, 18-20 Disember 2012.

2. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri & Nor’ashiqin Mohd Idrus, “Exterior Squares of Some Bieberbach Groups with Abelian Point Groups”, International Science Postgraduate Conference 2012 (ISPC 2012), Ibnu Sina Institute for Fundamental Science Studies, Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru, Johor, Malaysia, 27 – 30 November 2012.

3. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri & Nor’ashiqin Mohd Idrus, “On A Homological Functor of Some Bieberbach Groups With Cyclic Point Group of Order Two”, 22nd Iranian Algebra Seminar, Sabzevar Tarbiat Moallem University, Sabzevar, Iran, 31 Januari – 2 Februari 2012.

(2011)

1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali & Ghazali Semil@ Ismail, “The Homological Functors of Some 2-Generator 2-Groups of Nilpotency Class Two”, The First Biennial International Group Theory Conference 2011 (BIGTC 2011), Ibnu Sina Institute for Fundamental Science Studies, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bharu, Johor, Malaysia, 14 – 18 Februari 2011.

(2010)

1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali & Mohd Sham Mohamad, “The Nonabelian Tensor Squares of Some 2-Engel Groups and Their Homological Functors”, 2nd International Conference on Mathematical Sciences (ICMS2 2010), Putra World Trade Center (PWTC) Kuala Lumpur, 30 November – 3 Disember 2010.

Peringkat Kebangsaan

(2013)

1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri & Nor’ashiqin Mohd Idrus, “On the Generalization of a Homological Functor of Bieberbach Group with Cyclic Point Group”, Simposium Kebangsaan Sains Matematik, The Gurney Resort Hotel and Residences, Penang, 6-8 November 2013.

(2012)

1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri & Nor’ashiqin Mohd Idrus, “The Schur Multipliers of Certain Bieberbach Groups with Abelian Point Groups”, Simposium Kebangsaan Sains Matematik, Palm Garden Hotel, Putrajaya, 18 – 20 Disember 2012.

(2011)

1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri, Nor’ashiqin Mohd Idrus, “Homological Invariants of Some Bieberbach Groups”, National Science Postgraduate Conference 2011 (NSPC 2011), Ibnu Sina Institute for Fundamental Science Studies, UTM Johor Bahru, 15-17 November 2011.

2. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor’ashiqin Mohd Idrus, Nor Haniza Sarmin, Robert F. Morse & Rohaidah Masri, “The Structure of The Abelianization of A Bieberbach Group”, Simposium Kebangsaan Sains Matematik Ke-19 (SKSM 19), Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang, 9-11 November 2011.

3. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin & Nor Muhainiah Mohd Ali, “On The Nonabelian Tensor Square and Homological Functors of Some Finite Groups”, Kolokium Kebangsaan Pasca Siswazah Sains dan Matematik 2011 (KOLUPSI 2011), Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak, 01 Oktober 2011.

(2010)

1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali & Mohd Sham Mohamad, “The Nonabelian Tensor Square and Homological Functors of The Dihedral Group of Order Eight”, Seminar Kebangsaan Aplikasi Sains dan Matematik (SKASM 2010) bersempena Simposium Kebangsaan Sains Matematik Ke 18 (SKSM18), The Zon Regency Hotel, Johor Bahru, Johor, 8-10 Disember 2010.

Peringkat Universiti

(2011)

1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin & Nor Muhainiah Mohd Ali, “The Homological Functors and Capability of Some Bieberbach Groups”, Siri Seminar Aljabar, Semester II 2010/2011 (Bahagian 3), Bilik Mesyuarat & Seminar, Jabatan Matematik, Fakulti Sains, UTM Johor Bahru, 7 Mac 2011.

Sumber : UTM New

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA