networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Sunday, September 28, 2014

Lagi Manfaat FGVH - Bandar Baru Felda Bakal Dibangunkan...


Bercakap tentang FGVH, sudah tentu kita mengetahui bertapa besarnya transformasi yang telah dilakukan untuk membangunkan komuniti FELDA dari segenap aspek...dari pasaran sahamnya, FGV kini banyak membeli saham syarikat-syarikat besar...menjalankan perjanjian persefahaman syarikat usahasama dengan syarikat-syarikat besar contohnya KFC Holdings...

Berikutan perkembangan positif prestasi FGVH, para peneroka tidak disisihkan apabila FGVH turut memberi bonus 'durian runtuh' serta pemberian dividen kepada para penerokanya..Semasa hendak raya tahun ini pun FGV telah memberi imbuhan dividen yang mana setiap seorang peneroka menerima sebanyak RM647.78 untuk persiapan perayaan...

Baru-baru ini, FGVH sekali lagi mengumumkan akan membangunkan sebuah bandar baru FELDA di Pengerang Johor. Sebanyak 800 hektar kawasan milik FGVH akan dibangunkan untuk projek bandar baru ini...

Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, perkara itu turut dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam mesyuarat pengurusan FELDA baru-baru ini.

"Kita akan mula berbincang dengan pihak-pihak lain bagaimana kita boleh melibatkan diri dalam pembangunan di kawasan itu kerana kita punyai tanah," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara FELDA dan KFC Holdings (Malaysia) Bhd di sini, hari ini.
Usaha ini amat baik kerana pembangunan bandar baru ini amat bersesuaian memandangkan Pengerang sedang dalam proses membangun dengan kehadiran projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) dikawasan tersebut...

Projek bandar ini sememangnya dinantikan oleh generasi baru Felda bagi menambah lagi peluang pekerjaan kepada mereka serta memiliki manfaat penempatan melalui pembangunan bandar baru ini..Masyarakat FELDA turut dilibatkan sekali dalam projek RAPID bagi memastikan pembangunan ekonomi mereka turut meningkat selaras dengan perkembangan semasa...

Beruntung sebenarnya menajdi warga Felda...penyenaraian FGVH dalam Bursa Saham amat membantu mereka dalam segenap aspek...jika diberi peluang, saya ingin menjadi salah seorang warga Felda...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA