networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Tuesday, September 30, 2014

"My Diamond : Prihatin OKU" Memberi Sinar Harapan Untuk OKU....


Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) sememangnya memerlukan sokongan dan pengiktirafan dari semua pihak. Golongan ini juga manusia seperti kita cumanya keupayaan mereka terhad..biarpun keupayaan mereka terhad namun kadang kala keupayaan mereka melebihi dari keupayaan manusia normal...

Contohnya, Albert Einstein seorang ahli Fizik terkemuka juga seorang yang tidak sempurna seperti manusia biasa. Tatkala usia 3 tahun Einstein masih belum boleh bercakap..beliau seorang yang lembab dan lambat memahami bahasa...

Siapa sangka keupayaan luar biasanya mampu mengegarkan dunia sains sehingga hari ini..malah pencipta telefon yang kita guna hari ini, semuanya dicetuskan oleh seorang yang Kurang Upaya, Alexander Graham Bell..

Dalam memastikan hubungan erat dan membantu OKU, kerajaan telah banyak membantu golongan ini agar mereka mengetahui yang akan ada pihak menyokong mereka..Antara kemudahan dan bantuan yang diberikan kepada golongan ini ialah, peluang pendidikan Sekolah Pendidikan Khas, peluang pekerjaan, kemudahan awam, bantuan sara hidup oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan banyak lagi usaha yang telah dan sedang dilakukan oleh kerajaan kita pada hari ini...


Memandang betapa pentingnya menyahut seruan kerajaan untuk memberi sokongan kepada golongan ini, Skuad Mesra Bantuan Keperluan Orang Kurang Upaya (OKU) telah dilancarkan. Inisiatif yang dilakukan oleh Pusat Khidmat Parlimen Kota Tinggi, Yayasan Mesra dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat ini telah memperkenalkan sebuah program iaitu “My Diamond: Prihatin OKU”..

My Diamond ini bertujuan untuk memberi bantuan dan sokongan moral serta kaunseling kepada Orang Kurang Upaya (OKU) di sekitar kawasan Kota Tinggi di samping dapat memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada golongan ini..


Program “My Diamond: Prihatin OKU” ini juga membuktikan bahawa pemipin masyarakat di sini amat prihatin terhadap golongan OKU disamping dapat mewujudkan integrasi dan kesedaran yang berterusan dalam kalangan masyarakat...

Program ini telah diadakan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Indah Murni, Perumahan Tersusun, Kg Mawai, PDK Cemerlang, Gugusan Wa Ha dan PDK Harapan Murni..Antara bantuan yang diberikan dalam program ini ialah bantuan tunai sebanyak RM200 bagi setiap keluarga dan bantuan barangan dapur seperti beras, gula, garam dan makanan di dalam tin.



Diharapkan program seumpama ini harus diteruskan untuk jangka masa panjang..usaha yang dilakukan oleh Yayasan Mesra dan Pusat Khidmat Parlmen Kota Tinggi di bawah Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu dikekalkan dan disebarluaskan...Kita yang sempurna ini perlulah menyumbang sesuatu untuk golongan ini, bukan wang ringgit yang mereka mahukan cukuplah sekadar sokongan moral, motivasi, mengenali latar belakang keluarga dan sedikit bantuan untuk meringankan beban mereka...

Syabas diucapkan kepada Yayasan Mesra dan Pusat Khidmat Parlmen Kota Tinggi dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atas usaha suci ini!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA