networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Wednesday, September 24, 2014

PANAS! JPJ, SPAD & PDRM Akan Banteras Teksi UBER Bermula 1 Oktober!!!!


Jika sebelum ini saya ada menulis yang perkhidmatan teksi Uber ini sedang dalam pertimbangan pihak SPAD (SINI)...Kini semua tandatanya itu telah ada jawapannya..

Kerjasama JPJ, SPAD dan PDRM bagi menangani perkhidmatan Uber ini perlu memandangkan perkhidmatan teksi ini tiada permit pengangkutan awam dan ianya menjadi satu kesalahan apatah lagi menggunakan kereta persendirian...ia samalah dengan istilah "Kereta Sapu", cumanya menggunakan aplikasi telefon pintar...

Menurut Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar berkata Uber beroperasi menggunakan kenderaan persendirian tanpa adanya permit operasi, dan ini bertentangan dengan undang-undang pengangkutan awam. Setakat yang saya tahu, mereka ini tidak mempunyai insurans liabiliti awam, di mana merisikokan keselamatan penumpang..

Bermula 1 Oktober ini, pihak JPJ dan SPAD telah memutuskan untuk mengadakan operasi bersepadu banteras teksi UBER ini..pada hemah saya, keputusan ini wajar berikutan aduan pemandu teksi yang diterima yang mana menjejaskan pendapatan pemandu teksi.

Malah, para penumpang tidak dilindungi sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini..kerjasama antara 3 pihak iaitu JPJ, SPAD dan PDRM ini wajar disokong oleh rakyat kerana perkhidmatan ini didapati menyalahi undang-undang...

Jika disabitkan kesalahan dibawah Seksyen 16, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 , pemandu perkhidmatan UBER akan dikenakan denda tidak lebih RM 10,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA