networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Thursday, September 11, 2014

Selepas Kertas Sains, Kertas Bahasa Inggeris UPSR Turut Bocor! Calon duduki Semula 30 September


Kesian anak2 kecil ini..mereka telah jadi mangsa kerakusan pihak tidak bertanggungjawab yang membocorkan soalan Bahasia Inggeris dan Sains UPSR..

Inilah salah satu kelemahan bila mana kita terlalu mementingkan keputusan pepriksaan daripada Ilmu untuk amalan pelajar...kita di Malaysia tidak dapat lari dari berorientasikan peperiksaan...

Bilamana hendak mengubah konsep yang tidak mengkhususkan peperiksaan, kerajaan perkenalkan PT3, PBS namun mendapat kritikan banyak pihak terutamanya guru dan ibu bapa...

Negara kita sekarang ini memasuki fasa pendidikan berkualiti yang mana masih mencari kelemahan untuk diperbaiki agar sistem pendidikan kita dinaikkan martabatnya...

Kita masih tercari2 apakah kaedah orientasikan peperiksaan harus diteruskan atau mengubah kepada 1 cara yang lebih efektif dan diterima pakai...dengar kata PT 3 yang bakal berlangsung juga tidak ramai yang berkenan...

Peperiksaan Sejarah dan Geografi sudah berlangsung namun keputusannya ada yang tidak sepadan dengan perkembangan kognitif pelajar...ada pelajar yang cemerlang dan ada pelajar yang belakang..apabila kedua2 pelajar ini menjawab membuat tugasan Sejarah markah mereka tak jauh beza...

Berbalik kepada isu UPSR bocor ini..

"Sehubungan itu, Lembaga Peperiksaan memaklumkan bahawa kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 bagi UPSR 2014 yang dijadualkan hari ini adalah dibatalkan.

"Tarikh baharu bagi peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 adalah pada 30 September 2014 bersama dengan kertas Sains," menurut kenyataan itu.

HE: Sabar je laaaa...

1 comment:

Anonymous said...

"Haraapkan pagar,pagar makan padi"?.Sebuah perumpamaan yang tidak usang ditelan zaman.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA