networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Friday, September 12, 2014

Syabas Tan Sri Dr. Syed Hamid Albar Atas Inisiatif Terjemah Buku "Wasatiyyah Dalam Al-Quran dan Sunnah"


Baru-baru ini, sebuah buku yang ditranslasikan daripada bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu telah dilancarkan...Buku yang bertajuk Wasatiyyah Dalam Al-Quran itu hasil inisiatif sendiri Tan Sri Dr. Syed Hamid Albar yang telah diterjemahkan daripada buku bertajuk Moderation and Balance in Islam : The Quranic Principle of Wassatiyyah, sebuah karya tokoh akademik Dr. Mohammad Hashim Kamali. 

Tan Sri Dr. Syed Hamid bersama penulis Moderate and Balance In Islam :
The Quranic Princip of Wassatiyyah
dan YB Dato' Seri Sabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia
ketika majlis pelancaran baru-baru ini.. 
Ketika majlis pelancaran buku tersebut baru-baru ini, Tan Sri Dr . Syed Hamid Albar berkata "Konsep Wasatiyyah sebenarnya cukup Indah, ia bukan sahaja ditakrifkan sebagai kesederhanaan, malah ianya oleh didefinisikan sebagai tidak melampau atau tidak ekstrim"

Perkara tentang kesederhanaan ini memang amat diutamakan Islam dalam memimpin tingkah laku, peradaban pentadbiran dan segala urusan kita seharian...berkenaan konsep Wasatiyyah ini, kita sebagai umat Islam yang majoritinya berbangsa Melayu di Malaysia perlu meletakkan kedudukan yang tengah-tengah yang mana tidak terlalu kurang dan tidak terlalu berlebih-lebihan dalam semua keadaan dalam kehidupan seharian..


Dalam pentadbiran sesebuah negeri juga, pemimpin perlu bersederhana, jangan terlalu 'gila kuasa' dan tidak boleh juga tidak peka terhadap corak kepimpinan..Bersesuai dengan konsep 'Wasat' yang membawa 3 pengertian iaitu moderate, pertengahan dan terbaik...

Bak kata Tan Sri Dr. Tan Sri Syed Hamid "Umat Islam mesti bersederhana, lari dari sifat ekstrim atau mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau perilaku ekstrim dan melampaui batas"

Di Malaysia ini, teras kedamaian dan kemakmuran rakyat ialah Perpaduan..jika berkocaknya teras perpaduan antara kaum maka keamanan yang kita kecapi sejak dari dulu lagi akan lenyap..dalam menjaga kedamaian dan perpaduan kita perlu mengamalkan wasatiyyah dalam diri sendiri...

Imam Asy-Shaatibee berkata: 
“Semua hal Deen dan kewajipannya datang kepada manusia dalam cara yang paling moderat, sehingga orang boleh melaksanakan kewajipan tanpa kesulitan yang teruk atau terlalu ringan dan mudah. Semua kewajipan tersebut sangat seimbang, yang menghendaki mereka yang melakukannya juga sangat sederhana.”

Allah S.W.T telah menetapkan syarat bahawa untuk menjamin kemakmuran, keamanan dan kesejahteraan yang mapan, sesebuah negara mestilah seperti yang di sebutkan dalam surah al-A’raaf, ayat 96 yang bermaksud: 
“Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.”
Maka, kita perlulah menetapkan dalam diri bahawa perlu bersederhana, moderat dan terbaik dalam apa jua keadaan dalam kehidupan kita lebih-lebih lagi kita ini hidup dalam negara yang berbilang bangsa..keamanan sejagat perlu dijaga bagi mengekalkan keharmoniaan negara kita..

Sungguh luas konsep Wasatiyyan yang telah dinyatakan banyak dalam Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan dan pedoman dalam kehidupan kita..biarpun sekarang ini ramai yang cuba mencucuk isu-isu sensitiviti perkauman, kita perlu melihat ianya dari sudut yang terbuka dan berhati-hati dalam setiap keadaan..

Alih bahasa yang telah dilakukan oleh Tan Sri Dr. Syed Hamid dalam menterjemahkan buku Wasatiyyah Dalam Al-Quran dan Sunnah ini harus dipuji dan dihargai bagi memberi kefahaman kepada rakyat negara ini dalam bahasa tempatan...walaupun kesibukan seharian Tan Sri Dr. sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), beliau masih lagi mampu meluangkan masa menghasilkan buku alih bahasa dari penulis asal Mohammad Hashim Kamali...

Syabas diucapkan kepada Tan Sri Dr. Syed Hamid Albar atas inisiatif ini...

TAJUK : WASATIYYAH DALAM AL-QURAN DAN SUNNAH
ISBN : 978-967-415-201-7
HARGA : RM 20.00
SAIZ : 14.9sm X 22.4sm
FORMAT : Kulit Nipis (Paperback)

Pelancaran buku 'Wasatiyyah Dalam Al-Quran dan Sunnah' itu, dikendalikan bersama oleh MPH Group Publishing dan kini boleh didapati di semua kedai buku besar seluruh negara dengan harga RM20 senaskah.

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA