networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Tuesday, September 23, 2014

TERKINI !!! Hanya Tinggal 7 Hari Lagi Pemandu Teksi Diberi Masa Untuk Tebus Baucer TR1Ma 2.0...


Makluman in amat penting untuk pemandu-pemandu teksi yang masih tidak menebus baucer Tayar yang mereka miliki...Tarikh penebusan tayar bakal berakhir 7 hari dari sekarang iaitu tarikh akhir penebusan ialah 30 September ini...

Program Bantuan Teksi Rakyat 1 Malaysia yang diilhamkan oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Abd Razak bagi meringankan beban pemandu-pemandu teksi di Malaysia...bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang program ini anda boleh klik link SINI...

Berikut ialah infomasi yang dipetik dari laman SPAD...
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat “S.P.A.D.” ingin mengingatkan bahawa tarikh akhir permohonan baucar tayar TR1Ma 2.0 adalah pada 31 Julai 2014 manakala tarikh akhir penebusan baucar tayar TR1Ma 1.0 dan TR1Ma 2.0 adalah pada 30 September 2014. 
Permohonan baucar tayar TR1Ma 2.0 boleh dihantar ke semua kaunter S.P.A.D. dan cawangan-cawangan LPKP (bagi Sabah dan Sarawak) sebelum tarikh di atas. Borang permohonan baucar tayar TR1Ma 2.0 boleh didapati melalui laman sesawang S.P.A.D. iaitu di http://www.spad.gov.my/tr1ma atau di setiap kaunter S.P.A.D.. 
Pemohon yang telah membuat permohonan baucar tayar sebelum atau pada 31 Julai 2014 tetapi belum menerima baucar masih boleh menuntut baucar mereka sehingga 30 September 2014. 
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian Khidmat Pelanggan S.P.A.D. di talian 1-800-88- SPAD (7723).
Sekian, terima kasih.


Usaha murni yang dilakukan oleh PM dengan kerjasama SPAD ini perlu diteruskan bagi menjaga kebajikan pemandu-pemandu teksi di Malaysia...saya mengharapkan Bajet 2015 yang akan dibentangkan tidak lama lagi akan lebih baik dari Bajet 2014 yang mana bantuan untuk pemandu-pemandu Teksi akan lebih banyak lagi..

Ini kerana, sedar atau tidak pemandu teksi merupakan egen penyampai aspirasi kerajaan kepada rakyat mahupun kepada para pelancong dari serata dunia...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA