networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Tuesday, September 30, 2014

Walkabout "Ziarah Mesra : Jalinan Murni" Titipkan Kemesraan Pemimpin Dengan Rakyat


Hubungan muhibah antara pemimpin tempatan dengan masayarakat setempat bukan hanya pertemuan ketika penganjuran sesebuah program namun ianya boleh dilakukan secara tidak rasmi dan dalam keadaan santai..

Pemimpin memerlukan masyarakat dan masyarakat memerlukan pemimpin....hubungan ini juga diibaratkan sebagai komplimentari dengan kata lain saling memerlukan antara satu sama lain...

Menyebut tentang perihal hubungan harmonis antara pemimpin dan masyarakat..saya tertarik dengan penganjuran sebuah program yang diberi nama "Ziarah Mesra: Jalinan Murni" iaitu merupakan satu program ziarah "House to House" yang mana berupaya mengeratkan hubungan komunikasi secara dekat di antara penduduk dan juga pemimpin tempatan serta mewujudkan hubungan integrasi diantara agensi kerajaan, badan bukan kerajaan serta penduduk tempatan

Program ini menumpukan kepada pendekatan "Mesra Bersatu Bersama Rakyat..sepanjang program ini berlangsung, kunjungan ini telah menziarah sekitar 30 buah rumah di kawasan Dun Sedili.. Antara kampung yang diziarah ialah Kampung Sayang, Kampung Gembut, Kampung Mawai, Kampung Sedili Kechil..

Disamping menziarah masyarakat setempat, Walkabout "Ziarah Mesra: Jalinan Murni" ini turut menyampaikan sumbangan kepada warga fakir miskin kawasan DUN Sedili, Parlimen Kota Tinggi. 

Selain itu, antara manfaat yang diperolei melalui program ini ialah :
  1. Program seumpama ini amat baik kerana dapat meningkatkan lagi ukhuwah diantara rakyat dan pemimpin melalui pendekatan “salam mesra”
  2. Sebagai wadah interaksi untuk mendengar, mengenal pasti serta menangani masalah-masalah yang dihadapi oleh golongan fakir miskin dari DUN Sedili, Parlimen Kota Tinggi
  3. Memberi bantuan dan sumbangan serta sokongan moral kepada kanak-kanak yang mengalami masalah kesihatan
  4. Menerapkan nilai-nilai murni seperti kasih sayang, bantu-membantu, semangat kekitaan, perpaduan di antara kaum
  5. Menghimpunkan dan menjalinkan rangkaian hubungan di antara agensi kerajaan, organisasi bukan kerajaan dan Yayasan Mesra

Berikut ialah gambar yang sempat dirakam sepanjang Program Walkabout "Ziarah Mesra: Jalinan Murni"








No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA