networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Tuesday, October 21, 2014

FELDA Menang Saman Wan Azizah...Taubatlah "Nyonya Kipas" Selagi Pintu Taubat Terbuka!!!


Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga ke tanah....Nilah padahnya bila fitnah merata...ada nasib tak kena...tak bernasib baik mendapat...Baru-baru ni, Wan Azizah diberitakan kalah saman oleh FELDA kerana artikel fitnah berjudul "FELDA Bankrap" dan 'Kontroversi' serta 'Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu'..

Ini semuanya kerana sikap iri hati dan dendam kesumat mahu menjatuhkan imej FELDA yang sekarang ini makin mantap...nilah orang Islam..pantang nampak orang lain maju timbukkah rasa busuk hati..ada saja mahu dilakukan untuk lihat orang lain jatuh..hukum Islam tolak tepi...

Berkenaan fitnah terhadap FELDA ni..ini bukan pertama kali pembangkang fitnah FELDA...dulu pun masa nak PRU 13 adalah 1 puak ni gelarkan diri mereka ANAK katanya penyenaraian FGV dalam bursa saham boleh bankrupkan FELDA...tanah FELDA akan tergadai..peneroka akan hilang hak, FELDA kerjasama dengan Israel dan macam-macam lagilah fitnah yang dilemparkan...cumanya tidak ada yang nak ambil tindakan undang-undang saja...

Sekarang ni senyap pula si ANAK tuh..mungkin bajet nak run tour tak ada kot...yelah membazir..bajet keluar tapi FELDA kekal bersama BN...sebab tu rasanya ANAK ni kita dah lama tak dengar..

Berbalik kepada kes Saman kak wan ni...aku nak share berita dari Bernama...
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, hari ini memenangi saman terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua yang lain berhubung penerbitan dua artikel fitnah dalam akhbar PKR 'Suara Keadilan'. 
Ini berikutan pengakuan liabiliti bagi kedua-dua artikel fitnah oleh defendan, iaitu Dr Wan Azizah, Senator Dr Syed Husin Ali, yang ketika itu Naib Presiden PKR, dan penulis artikel tersebut, Rusnizam Mahat. 
Artikel itu masing-masing bertajuk 'Felda Bankrap', yang diterbitkan pada 22 Jun 2010, dan 'Kontroversi' serta 'Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu', yang diterbitkan bagi edisi 29 Jun 2010. 
Dalam keputusannya, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wira Kamaludin Md Said berkata mahkamah terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa Felda, sebagai sebuah badan berkanun, mempunyai hak untuk memulakan prosiding undang-undang. 
Beliau berkata hanya Parlimen, dan bukan mahkamah, boleh mengambil hak daripada Felda untuk menyaman, seperti yang diperuntukkan mengikut Seksyen 15 (1) Akta Kemajuan Tanah 1956. 
Kamaludin membuat keputusan itu selepas menolak isu awal yang dibangkitkan oleh defendan bahawa Felda, sebagai pertubuhan yang didaftarkan menurut Akta Kemajuan Tanah, tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan saman itu. 
Beliau berkata Felda berhak untuk memasukkan pertimbangan berkaitan liabiliti dan memerintahkan kuantum ganti rugi yang akan dinilai oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi. - Bernama
Mungkin ada segelintir penyokong Nyonya Kipas ni menafikan dan tuduh BN gunakan Mahkamah untuk jatuhkan Mahkamah...inilah sebenarnya sikap penyokong taksub pakatan pembangkang...bila menang mereka kata Allah bersama mereka...bila kalah kata Mahkamah proaksi UMNO...susah sebenarnya nak faham orang yang suka putar belit ni...kejap kata a...esok pula kata b...bila orang tegur kita pula dituduh menipu dia...isk3...

Laki bini bermasalah...ada kes di mahkamah...taubatlah dari menabur fitnah..selagi pintu taubat terbuka....
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) .

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA