networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, October 25, 2014

Kantoi!! Putar Belit Anwar Terhadap FELDA Yang Meminjam Wang Daripada EPF...

GRAFIK RINGKAS PENDEDAHAN FITNAH FGV TENAT PINJAM KWSP...
Memetik kenyataan daripada blog Gelagat Anwar yang mendakwa FELDA tenat kerana meminjam wang daripada EPF yang berbunyi :
Serangan awal Anwar hari ini menjurus kepada kewangan FELDA yang dirasakan tenat dan layak dimasukkan ke ICU. FELDA meminjam sejumlah wang daripada EPF – sekaligus menyebabkan Anwar membuat kesimpulan bahawa FELDA berada di dalam keadaan ekonomi yang nazak. -2011
Sungguh mudah Anwar membuat andaian bahawa kewangan FELDA berada dalam keadaan nazak kerana meminjam wang daripada KWSP...kenyataan malang ini dikeluarkan pada tahun 2011..kini sudah nak habis tahun 2014...FELDA masih stabil dan terus berkembang..tiada pula tanda-tanda FELDA akan muflis dan nazak...

Yang kita tahu baru-baru ini Wan Azizah kalah saman kepada FELDA kerana memfitnah..boleh rujuk artikel saya yang lalu di SINI...serangan pembangkang lebih hangat pada musim-musim hendak Pilihan Raya ke 13 yang lalu...mereka menggunakan NGO ANAK untuk merosakkan fikiran orang-orang Felda...namun selepas PRU tidak pula kita rasa kehangatan serangan daripada pembangkang..mungkin agaknya mereka sudah mengaku kalah kerana orang FELDA tidak mudah membuat keputusan untuk berpaling tadah...

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa sewaktu Anwar berada dalam posisi Barisan Nasional, dia memandang FELDA ni macam tidak memberi keuntungan kepadanya....Perdana Menteri ketika itu Dr Mahathir banyak kali mengingatkannya bahawa FELDA adalah sangat strategik kepada politik orang Melayu namun dia pandang sebelah mata sahaja...

blog Gelagat Anwar mendedahkan :
Sewaktu FELDA pernah diminta agar diletakkan dibawah seliaannya sebagai Timbalan Perdana Menteri; Anwar menolak kononnya BUKAN STANDARD dia untuk menjaga kalangan peneroka yang miskin dan melarat. Malahan, Anwar sentiasa menyifatkan FELDA sebagai liabiliti politik kepada dirinya buat sekian lama. 
Mengurus peneroka yang miskin, melarat, tidak berpendidikan – adalah satu kerugian kepada Anwar. Anwar lebih minat menjaga warga Pakistan (seperti Munawar Anees), warga Indonesia (Sukma), dan mengurus ramai lagi skandal yang lain. Kepada Anwar – FELDA adalah lubuk kemiskinan yang boleh menyebabkan ramai orang beratur bertemunya di pejabat TPM/Kementerian Kewangan. 
Anwar lebih rela berseronok dengan pakar antarabangsa di IKD, Konrad Adenaur Foundation, Renaissance Hotel, Tivoli Villa dan sebagainya.
Betapa hipokritnya individu 'anugerah tuhan' ini demi survival politiknya...Sehingga ke hari ini, impian pembangkang untuk menakluk kawasan FELDA tidak pernah padam...misi mereka tidak lebih tidak bukan mahu mengaut sokongan Kerusi Parlimen sebanyak 54 kerusi dan 92 kerusi DUN...betapa besarnya pengaruh FELDA yang digilakan pembangkang untuk menguasai Malaysia...mereka sedar untuk berkuasa, mereka perlu menjajah minda warga FELDA...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA