networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, October 29, 2014

Kecoh Di Langkawi : 11 Samseng Ugut Pegawai SPAD Ditahan Polis...

Gara-gara berang dengan 'Operasi Parasit' yang dilakukan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang menyita kenderaan pandu sendiri tanpa permit di Langkawi baru-baru ini, pegawai SPAD telah dimaki hamun oleh lebih daripada 10 individu...bukan itu sahaja, samseng-samseng ini telah bertindak nekad dengan melemparkan kon dikawasan sekatan dan menendang kereta SPAD...

Ini bukan pertama kali berlaku yang mana pegawai SPAD telah diugut dengan berbagai ancaman...sebelum ini pun di ibu kota ada kes pegawai SPAD diugut ketika melakukan operasi kesalahan yang dilakukan pemandu teksi.

Menurut Ketua Penguatkuasa, Datuk Che Hasni Ahmad, walaupun terpaksa bertolak ansur kerana tidak mahu kejadian lebih buruk jika pihak yang dikenakan tindakan tidak mampu mengawal perasaan, petugasnSPAD tetap meneruskan operasi dan tugas seperti biasa...

Beliau berkata lagi, kita menjalankan amanah yang diberikan..ini risiko yang kita hadapi, jadi kita mengharapkan sokongan daripada orang awam...

Setakat ini seramai 11 suspek telah ditahan..jika disabit kesalahan mereka ni boleh didakwa mengikut seksyen 147 kanun keseksaan kerana merusuh yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 2 tahun ataundenda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan...Sungguh mencabar tugas sebagai anggota SPAD

BERITA TENTANG OPERASI PARASIT DAN KES 11 SAMSENG DITAHAN POLIS KERANA MENGANGGU TUGAS PEGAWAI SPAD...





No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA