networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Monday, October 13, 2014

Kerajaan Johor Akhirnya Buka Mulut Insiden Bumbung Jejantas Runtuh...


JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri Johor akan mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk memeriksa seluruh jejantas di negeri ini khususnya di kawasan bandar bagi memastikan ia diselenggara dengan baik sekali gus mengelak perkara buruk daripada berlaku.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata pemeriksaan juga akan menumpukan beberapa aspek termasuk papan iklan yang dipasang di jejantas yang dikhuatiri menyumbang kepada kejadian yang boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya.

"Saya dapati begitu banyak jejantas di daerah Johor Baharu yang terdapat papan iklan yang ada menyumbang kepada bebanan berlebihan lebih-lebih lagi apabila berlaku ribut kuat.

"Saya akan minta JKR untuk mengaudit semua jejantas dalam pastikan kemudahan yang disediakan kepada pengguna jalan kaki dan pengguna jalan raya selamat digunakan," katanya kepada pemberita selepas melawat kejadian bumbung jejantas tercabut dan diterbangkan angin sebelum terjatuh di laluan Lebuh Raya Taman Perling-Pasir Gudang berhampiran Taman Kobena di sini hari ini.

Berhubung kejadian itu, beliau berkata pihak JKR akan mengetuai siasatan kejadian dengan dibantu agensi lain.

Hasni berkata jejantas berukuran 40 meter panjang dan 5.4 meter tinggi itu yang digunakan pejalan kaki dari Taman Melati ke Taman Kobena itu siap dibina pada tahun 2008.

Katanya jejantas berkenaan diselenggara setiap tahun iaitu setiap enam bulan sekali.

"Kita berterima kasih kepada semua pihak yang mengambil tindakan segera berhubung kejadian ini termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat," katanya.

Sementara itu Pengarah Jabatan Kejuruteraan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Ir Sulaiman Mohamad Taib berkata kerja-kerja pembersihan bumbung yang merentangi laluan lebuh raya terbabit dilakukan kira-kira 25 orang anggota MBJB dan dibantu pekerja syarikat pengiklanan.

"Kita menggunakan pemotong besi, kren dan lori untuk mengangkut bahagian-bahagian bumbung yang sudah dipotong dan kerja-kerja dilakukan dengan pantas bagi melancarkan semula laluan," katanya. - Bernama

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA