networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Thursday, October 23, 2014

Kereta Api Laju KL - Singapura : 3 Hentian Bakal Dibina Di Johor...


Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) KL-Singapura dijangka akan dimuktamadkan pada suku pertama tahun hadapan..perkara ini dinyatakan sendiri Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar kepada wartawan Malaysia dan Singapura pada Persidangan Kereta Api Berkelajuan Tinggi 2014 di Tokyo Rabu lalu...

Berkenaan dengan kereta api laju ini, jika ianya direalisasikan kelak, masa yang diambil dari Kuala Lumpur untuk ke Singapura hanya 90 minit sahaja...ia dapat menjimatkan masa kita..malah ianya mampu mengurangkan masalah kekurangan kenderaan awam ketika musim kemuncak seperti musim-musim perayaan...

Menurut Tan Sri Syed Hamid Albar, 7 Hentian bakal di bina di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya, Seremban, Ayer Keroh, Batu Pahat, Muar dan Nusajaya..Ianya berita baik bagi rakyat Johor seperti saya ini..apa tidaknya 3 daripada 7 hentian kereta api laju dibina di Johor sahaja...jadi rakyat Johor akan dapat lebih manfaat untuk ke utara (Ayer Keroh, Seremban, Putrajaya dan Kuala Lumpur) dan Singapura...

Sehingga setakat ini, kajian kemungkinan Kereta Api laju ini telah dikemukan dan telah diterima di peringkat kerajaan Malaysia...Selepas ini barulah ia akan dikemukan kepada Perdana Menteri (Malaysia dan Singapura)..Setakat ini 2 jawatankuasa telah ditubuhkan iaitu jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa bersama peringkat menteri..

Diperingkat Singapura pula, negara tersebut masih lagi menjalankan kajian kemungkinan dan dijangka siap pada awal tahun hadapan...

Menurut Syed Hamid, kerajaan sedang membuat penilaian tentang sistem Kereta Api Berkelajuan Tinggi yang terbaik berdasarkan sistem daripada Eropah, China dan Jepun...

Projek ini bukan sahaja setakat mengaplikasikan teknologi di Malaysia malah lebih besar dari itu yang mana Malaysia amat dahagakan modal insan yang mempunyai kepakaran kejuruteraan teknologi kereta api...

Melihat akan keperluan ini, Tan Sri Syed Hamid berkata lebih banyak universiti menawarkan kursus kejuruteraan kereta api sebagai persediaan untuk landskap pengangkutan awam negara yang akan mengalami perubahan...setakat ini, Tan Sri Syed memaklumkan akan menghantar jurutera kereta api tempatan ke luar negara untuk menimba latihan di luar negara sekiranya kerajaan memutuskan teknologi dari negara mana akan digunapakai...


Kereta Api laju merentas tambak Johor ini bukan satu perkara yang mustahil..kita hanya menunggu kata sepakat Malaysia-Singapura untuk merealisasikan teknologi ini...Kereta Api laju merentas 2 negara ini bukan yang pertama, di London dan Paris juga ada perkhidmatan kereta api laju..banyak manfaat akan kita dapat jika kereta api laju ini terlaksana, kita bukan sahaja disajikan dengan kemajuan pengangkutan awam bahkan dari sudut ekonomi dan kehadiran pelancong juga akan berkembang...

Sebenarnya impian keretapi laju ini telah tercetus pada tahun 1990-an lagi..namun ianya masih belum terlaksana sehingga hari ini..Berikutan kenyataan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar tentang perkembangan terkini kereta api laju KL-Singapura, sama-sama kita nantikan perkembangan positif berlaku pada tahun hadapan...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA