networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, October 4, 2014

Pakai Kereta Teana Tapi Merungut Harga Minyak Naik...Kesian....


Teengok mesej dari editor harakahdaily ni aku rasa sedih sangat..macam nak menangis teresak2 jer...apa tidaknya naik 20 sen seliter dia terus kata minyak keretanya boleh habis dalam masa 3-4 hari jika sebelum ni kalau dia isi RM 100 boleh tahan 4-5 hari...

Mungkin editor ni tak pandai mengira matematik...ok kita kira dengan harga RM 100 sebelum dan selepas kenaikan minyak...

MINYAK RM 2.10 SELITER...

Jika editor ni mengisi minyak RM 100..maka dia akan dapat sebanyak 47.619 liter...

Namun selepas kenaikan...

MINYAK RM 2.30 SELITER...

Editor ini layak mendapat sebanyak 43.478 LITER dengan isian RM 100...

DAN JIKALAU....Editor ni mahu mengisi kuantiti yang sama banyak RM100 pada harga RM 2.10 seliter...makanya tuan editor ini perlu mengisi sebanyak RM 109.52..yang mana tuan editor perlu menambah sebanyak RM 9.52 sen jika mahu mendapat kan kuantiti yang sama banyak untuk harga RM 100 ketika harga RM 2.10 seliter...

Jikalau tuan editor merasakan penambahan RM 9.52 untuk setiap isian RM 100 saya mencadangkan..Tuan editor menjual kereta bersisi besar Nissan Teananya..takut juga dengan penambahan Rm 9.52 untuk 47.619 editor ni tidak mampu membayar hutang kereta yang tinggi..manalah tahu dengan kenaikan harga minyak ni membuatkannya tidak mampu bayar dan menyebabkan keretanya ditarik oleh 'Mael Lambung'...

Jadi bagi menjimatkan kos tuan editor adalah lebih baik menukar kepada kereta tempatan Proton Iriz atau pun Perodua AXIA...

Untuk mengetahui sebab kenapa harga minyak ini..boleh baca di bawah...

RON95
(Baca sampai habis sebelum komen)

1. Saya rasa berserabut membaca polemik mengenai pengurangan subsidi RON95 sebanyak 20 sen. Orang bertanya serabut, orang yang menjawab pun lagilah berserabut. Akhirnya kita lupa beberapa perkara asas dalam polemik ini.

2. Pengurangan subsidi ini adalah sebahagian langkah rasionalisasi yang diumumkan sekian lama. Harga minyak RON97 diapungkan mengikut harga pasaran, sementara subsidi RON95 akan dikurangkan sedikit demi sedikit. Itu strategi yang kerajaan umumkan sebelum ini. 

3. Strategi ini diperkenalkan kerana satu saja alasan iaitu untuk membolehkan subsidi disasarkan kepada kelompok yang betul. Apabila kerajaan memberikan subsidi yang tinggi kepada RON95, golongan berada dan mempunyai banyak kereta mendapat subsidi yang lebih berbanding golongan miskin (contoh: mereka yang menggunakan sebuah motorsikal di kampung), yang menjadi sasaran subsidi ini. 

4. Apabila kerajaan kurangkan subsidi RON95, wang itu diberikan kepada kumpulan sasar melalui BR1M. Wang BR1M itu sepatutnya digunakan oleh 7 juta penerima untuk bayar subsidi minyak sendiri. Setiap kali letak minyak motorsikal, niatkan subsidi 20 sen yang diterima itu. Kalau BR1M digunakan untuk beli beg tangan, pergi Danok atau kahwin satu lagi, bak kata Nabil, "lu pikirlah sendiri!"

5. Pengurusan subsidi RON95 tidak ada kena mengena dengan kenaikan atau penurunan harga minyak dunia, atau harga minyak kita lebih rendah berbanding di negara-negara jiran. Ia juga tidak ada kena mengena sama ada rakyat patut bersyukur atau pun tidak. Alasannya hanyalah satu iaitu mensasarkan subsidi kepada kelompok yang betul. Selain itu, kesemuanya alasan mengarut.

6. Orang kita faham semua itu. Takkanlah dah ada PhD, Sarjana atau Ijazah dengan CGPA 4.0 tak boleh faham isu semudah itu?

7. Saya perhatikan, apa yang rakyat marah ialah dua perkara. Pertama, kenaikan dibuat secara mengejut. Tiba-tiba harga minyak naik. Maka, adalah yang paranoid beratur panjang di stesyen minyak. Satu tangki kereta, boleh isi 40 liter. Kalau minyak sudah ada separuh, bolehlah jimat RM4 selepas beratur panjang. Sebenarnya banyak cara lagi nak jimat RM4. Berhenti merokok adalah salah satu caranya. Begitu juga dengan berhenti minum teh tarik, roti canai atau nasi lemak; jimat kos penjagaan kesihatan akibat kencing manis dan darah tinggi. Apabila tua nanti jangan menyesal dapat pelbagai penyakit yang kita cipta sendiri!

8. Kedua, rakyat bimbang kenaikan harga barang. Orang Melayu terutamanya adalah golongan makan gaji. Berapalah sangat gaji orang Melayu. "Median" pendapatan rakyat Malaysia ialah RM3,262. Sekiranya tak faham median, mean dan mode, sila google. Penyakit peniaga kita ialah minyak naik 20 sen/liter, dia naikkan teh tarik yang menjadi punca penyakit kencing manis itu pun 20 sen jugak!

9. Melihat perkara ini, saya rasa kerajaan boleh lakukan dua perkara. Satu, oleh kerana proses pengurangan subsidi adalah sesuatu yang akan dilakukan secara berterusan sehingga sampai ke satu tahap yang sesuai, maka elok kerajaan sediakan jadual dan maklumkan kepada awam awal-awal. Contoh: pengurangan 20 sen subsidi pada setiap 1 Jun. Jadi, peniaga dan pengguna tahu awal-awal. Tak adalah orang yang naik minyak apabila harga minyak naik 20 sen.

10. Kedua, oleh kerana peniaga kita dihinggapi penyakit "barang naik" (dulu saya ingatkan "barang tak naik" itu penyakit!), maka eloklah kerajaan mantapkan mekanisme penguatkuasaan atau apa saja langkah bagi membanteras kenaikan harga melampau. 

11. Kalau perlu buat pindaan undang-undang, silakan. Kalau perlu tambah pegawai penguatkuasa, silakan. Malah kalau perlu wujudkan sukarelawan (seperti yang dilakukan oleh askar wataniah atau polis bantuan) untuk bantu penguatkuasa sepenuh masa (saya difahamkan pegawai penguatkuasa tak cukup), maka silalah lakukan. Kalau perlu tembak hidup-hidup di tengah padang lapang untuk jadi pengajaran kepada peniaga curang lain, buatlah. Buatlah apa pun untuk kekang kenaikan harga barang.

12. Satu lagi ialah rakyat ingin melihat sebarang penjimatan dari rasionalisasi ini disalurkan kepada perkara-perkara yang menguntungkan rakyat dari segi jangka panjang. Pada tahun ini, kerajaan peruntukan bajet sektor pendidikan RM54.6 bilion, iaitu sektor yang menerima bajet terbesar. Pendidikan telah menjadikan kita semua keluar dari kemiskinan. Malah, MRSM yang melahirkan ramai cendikiawan dan teknokrat Bumiputera hari ini mendapat lebih separuh bajet yang diperuntukkan kepada MARA, sekitar RM6 bilion.

13. Disebabkan pendidikan yang kita dapat dengan subsidi yang cukup besar itulah, maka hari ini kita boleh upload gambar minum di Coffee Beans, gambar handphone baru, gambar makan di Tony's Romas dan gambar kereta baru dalam Facebook. Itu belum lagi kira gambar tiket kapalterbang, siap dengan "seat number." Opps!

14. Sekiranya penjimatan ini disalurkan kepada pendidikan atau bagi membantu kelompok "bottom 40," saya akan sokong sepenuhnya rasionalisasi tersebut.

15. Nah, saya sudah cakap apa yang saya nak cakap mengenai pengurangan subsidi minyak RON95. Nak tembak saya, silakan! - Norizan sharif

HE : Kalau kita perasan...negara2 besar dunia kebanyakanya amalkan ekonomi KAPITALIS...yang kaya makin kaya yang miskin makin miskin..

tapi di Malaysia tidak..kerajaan sedaya upaya untuk memberi agihan subsidi secara adil iaitu memberikan hak kepada yang berhak...subsidi untuk membantu rakyat marhaen...takkan parti keadilan tak faham maksud adil kot...kalau tak faham buang saja perkataan keadilan tu kat longkang..

jujurnya siapa tidak marah dengan kenaikan harga minyak..jikalau harga minyak sahaja naik..semua orang akan boleh terima..namun kenaikan harga minyak akan menyebabkan harga barang juga akan meningkat dengan mendadak..cina akan ambil kesempatan kerana mereka purata kontrol ekonomi barangan...HASSAN MALEK bolehlah bangun dari tidur untuk buat pemantauan..jangan tahu keluar statemet level budak tadika saja...

4 comments:

Anonymous said...

Bodo haper hang..aku beli kunyit pn naik harga hang nk kata sbb naik 20sen ka!bodo piang

Anonymous said...

Najib PM Malaysia Paling Bodoh Bebal, Bangnag, Lahanat.. Asyik Menyusahkan Rakyat ajer kerja dia..

UMNO + BN, Tak Payah Nak datang Rumah tagih UNDI..

Susahkan Rakyat Terima GST,

Susahkan Rakyat Naikkan Harga Minyak Masa Minyak Mentah Turun

Susahkan Rakyat Turunkan Subsidi.. Patutnya Kalau Tak Bagi pd Minyak banyak lagi benda lain yg boleh disubsidikan selain Minyak..

PM Najib dan Para Jemaah Menteri, waimma Wakil Rakyat DUN dan Parlimen pon Hidup atas Gaji dari Jerih Perih Duit Rakyat melalui Cukai dok Bayar Gaji dan Elaun dia Orang Jadi? Apa Faedahnya PM Jemaah Menteri UMNO dan BN nieh pada Penyokong dan Pengundi UMNO BN..

Mereka Layan kita Penyokong dan Pengundi Macam Sampah???

Petronas adalah Syarikat Milik Negara... Kenapa Penentuan Harga Minyak Kena Ikut Harga Pasaran?

Kenapa Untung Minyak Petronas Yang Mahal itu Rakyat tak Boleh Langsung Menerima Ganjarannya..

Tidak SEKALIPON Dalam Sejarah Pemerintahan UMNO BN.. Kerajaan Bagi Habuan kepada Rakyat Ketika Harga Minyak Petronas Harga Minyak Tertinggi Dunia..

Kenapa Harga Minyak RON95 yg dibanyakkan sukphur dijual hampir sama dgn harga Minyak Dulu yang Kurang Sulphur????

Kenapa Kerajaan Najib tidak TUKAR INDIKATOR dan Mekanisma PENENTUAN Harga Minyak, supaya dijual dgn murah? Sebagaimana indikator pasaran Saham ditukar, kounter pilihan supaya mencerminkan kedudukan GDP yang sihat?

Kerajaan Najib adalah Sebuah Kerajaan PENIPU, JANJI DICAPATI...

PM Najib Lelaki Dayus Takutkan Bini...

PM Najib Bukannya Pemimpin Yang patut dihormati, apa lagi di TAATI..

Anonymous said...

Najib PM Malaysia Paling Bodoh Bebal, Bangnag, Lahanat.. Asyik Menyusahkan Rakyat ajer kerja dia..

UMNO + BN, Tak Payah Nak datang Rumah tagih UNDI..

Susahkan Rakyat Terima GST,

Susahkan Rakyat Naikkan Harga Minyak Masa Minyak Mentah Turun

Susahkan Rakyat Turunkan Subsidi.. Patutnya Kalau Tak Bagi pd Minyak banyak lagi benda lain yg boleh disubsidikan selain Minyak..

PM Najib dan Para Jemaah Menteri, waimma Wakil Rakyat DUN dan Parlimen pon Hidup atas Gaji dari Jerih Perih Duit Rakyat melalui Cukai dok Bayar Gaji dan Elaun dia Orang Jadi? Apa Faedahnya PM Jemaah Menteri UMNO dan BN nieh pada Penyokong dan Pengundi UMNO BN..

Mereka Layan kita Penyokong dan Pengundi Macam Sampah???

Petronas adalah Syarikat Milik Negara... Kenapa Penentuan Harga Minyak Kena Ikut Harga Pasaran?

Kenapa Untung Minyak Petronas Yang Mahal itu Rakyat tak Boleh Langsung Menerima Ganjarannya..

Tidak SEKALIPON Dalam Sejarah Pemerintahan UMNO BN.. Kerajaan Bagi Habuan kepada Rakyat Ketika Harga Minyak Petronas Harga Minyak Tertinggi Dunia..

Kenapa Harga Minyak RON95 yg dibanyakkan sukphur dijual hampir sama dgn harga Minyak Dulu yang Kurang Sulphur????

Kenapa Kerajaan Najib tidak TUKAR INDIKATOR dan Mekanisma PENENTUAN Harga Minyak, supaya dijual dgn murah? Sebagaimana indikator pasaran Saham ditukar, kounter pilihan supaya mencerminkan kedudukan GDP yang sihat?

Kerajaan Najib adalah Sebuah Kerajaan PENIPU, JANJI DICAPATI...

PM Najib Lelaki Dayus Takutkan Bini...

PM Najib Bukannya Pemimpin Yang patut dihormati, apa lagi di TAATI..

Anonymous said...

Anon 2.47 Kau tu yg bodoh piang.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA