networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Thursday, October 30, 2014

PANAS!!! 604 Pelatih PLKN Tidak Boleh Cakap Melayu..Satu Perbincangan...

I-smart membantu pelatih yang menghadapi masalah menulis, membaca, dan menekankan kebolehan berkomunikasi dengan baik dan menerapkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara dalam kalangan peserta - Datuk Noor Ehsanuddin
Beberapa hari lalu, Pensyarah Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi Selangor, Prof. Dr. Teo Kok Seong telah mendedahkan kajiannya yang mengatakan 604 pelatih PLKN tidak boleh bertutur bahasa Melayu...Kajian tersebut telah dilakukan ke atas seramai 14,000 pelatih di 79 buah kem di seluruh negara pada 2010.

Beberapa persoalan telah dilontarkan bagaimana pelatih ini boleh lulus SPM..setahu saya, tidak semua pelatih PLKN mengetahui result SPM mereka ketika menjalani PLKN...dan jika ada pelajar yang tidak pandai bertutur dengan baik dalam bahasa Melayu, mereka mungkin boleh menulis sikit-sikit..

Dalam peperiksaan SPM, ada pelajar bukan Melayu yang diminta oleh guru untuk menghafal karangan, komsas dan sebagainya...tidak dinafikan pelajar Cina memang ada kebolehan menghafal..jadi tidak hairan jika ada pelajar yang tidak pandai bertutur tetapi lulus SPM..setahu saya, untuk melanjutkan pelajaran dan memohon pekerjaan gomen..semua lepasan SPM perlu lulus dan kredit untuk subjek teras ini...tidak guna jika lulus tetapi tidak kredit..

Antara persoalan lain yang diutarakan ialah “Situasi ini tidak berlaku di Thailand atau pun Indonesia kerana kita dapat lihat di Selatan Thailand, orang Melayu di sana boleh bercakap bahasa negara itu dengan sempurna dan begitu juga di Indonesia, orang Cina petah bercakap bahasa Melayu'' kata Prof. Dr. Teo..

Ini tidak dinafikan, cumanya Prof Teo perlu melihat juga sistem pendidikan yang dilaksanakan di Malaysia...Malaysia punyai Sekolah Vernakular yang berteraskan bangsa Cina mahupun India...rata-rata bangsa bukan Melayu ini akan tetap bertutur bahasa ibunda mereka apabila dirumah...

Lihat juga, pelajar-pelajar ini hanya berada di sekolah sekitar 7 jam sahaja di sekolah..itupun mereka tidak semestinya berbahasa Melayu atau bahasa kebangsaan di sekolah..nak harapkan subjek Bahasa Melayu..berapa sangat masa dalam seminggu..hanya sekitar 240-320 minit sahaja seminggu pelajar-pelajar di sekolah vernakular berbahasa Melayu...

Itu di Sekolah Vernakular...pelajar di Sekolah Kebangsaan pun belum tentu mampu berbahasa Melayu dengan baik...rata-rata hanya mampu berbahasa Melayu pasar.tak pun rojak...di sini perlunya kesedaran semua rakyat untuk berbahasa kebangsaan...persoalan lain pula timbul..apakah pelajar-pelajar serta keluarga mereka benar-benar mengiktiraf dan menerima bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan serta menggunakannya di rumah...jika dibuat kajian...saya yakin peratusan akan condong ke arah tidak....

Berbalik kepada 604 pelatih PLKN tidak mampu bertutur bahasa Melayu..Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Noor Ehsanuddin Mohd. Harun Narrashid berkata pelatih PLKN ini dipilih secara rawak tanpa mengira latar belakang akademik mereka..

Beliau berkata lagi, MLKN juga akan memperkasakan modul I-Smart bagi membantu meningkatkan kemahiran komunikasi terutama Bahasa Melayu dalam kalangan pelatih. Selain membantu pelatih yang menghadapi masalah menulis dan membaca, I-Smart turut menekankan kebolehan berkomunikasi dengan baik dan menerapkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara dalam kalangan peserta, katanya...

Walaupun perlembagaan menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan...sejauh manakah kesedaran rakyat bukan Melayu sedar akan perkara ini?cabaran bahasa Ibunda dan bahasa Inggeris merumitkan lagi proses pembelajaran dan pertuturan pelajar berbahasa Melayu...dalam sistem pendidikan pula, semua pelajar yang gagal bahasa Melayu ketika UPSR perlu masuk kelas peralihan bagi memantapkan pengusaan bahasa Melayu...namun apakah cara ini berkesan menggalakkan mereka menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi mereka?fikir-fikirkan...

Berita lalu...

2 comments:

Anonymous said...

Nak bincang apa lagi? Siasat latar belakang mereka lebih baik..
Org2 camtu confirm tiada sifat patriotik terhadap negara ini..
Itu pun tatau ka?

Anonymous said...

Admin oi!cina Malaysia memang rasis gila..mereka mana nak guna bahasa Melayu..cakao pun guna bhasa cina..halau jer..

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA