networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, October 17, 2014

"Pemandu Teksi Tidak Guna Meter Akan Disita" - Pengurus Besar Penguatkuasa SPAD


Tiada lagi kompromi kepada pemandu-pemandu teksi yang tidak menggunakan meter selepas ini...ini adalah amaran tegas oleh Pengurus Besar Penguatkuasa SPAD, Dato Che Hasni Che Ahmad yang mana melihat pemandu-pemandu teksi yang begitu degil untuk menggunakan meter...

Saya pun hairan dengan pemandu-pemandu teksi ini, sudah banyak kali amaran diberikan namun mereka ini tidak juga sedar. Seperti undang-undang yang ada kat Malaysia ni tak wujud..

Sebelum ini SPAD banyak kali dah beri peluang...jika ditangkap sebelum ini, SPAD hanya memberikan amaran dan memanggil pemandu dan pengusaha untuk memberi keterangan terlebih dahulu sebelum melakukan tindakan menyaman atau menyita...

Eloklah tu, SPAD sita terus teksi yang degil,bagi sikit pengajaran kepada pemandu-pemandu teksi..barulah pemandu-pemandu ni sedar dan takut kepada undang-undang..lagi pun amaran telah diberi berulang kali..jangan nanti bila dah kena sita baru nak kata SPAD tak berhati perut...


Menurut kenyataan Pengurus Besar Penguatkuasaan SPAD, Dato Che Hasni Che Ahmad ketika ditemubuat semasa Ops Tegas pada Rabu 15 Oktober lalu di sekitar ibukota dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM)..
"Selepas ini, bila operasi kami akan terus sahaja sita teksi pemandu yang degil. Pengusaha atau pengendali kena datang ke tempat sita jumpa saya," 
"Kali ini kami akan terus sita saja. Saya tak mahu lagi biarkan pemandu teksi bermaharajalela tidak menggunakan meter. Saya juga nak bagi amaran dan ingatan kepada pemandu teksi yang enggan ambil penumpang. Mereka pun akan dikenakan tindakan yang sama. 
"Kita bagi permit untuk menjalankan perkhidmatan dan pemandu teksi tidak boleh pilih lokasi yang mereka mahu," 
Untuk rekod, Operasi Tegas ini  disertai 45 anggota SPAD dan 10 PDRM yang mana telah berjaya merekod 51 kes yang membabitkan 15 kesalahan tak guna meter, 25 kesalahan berkaitan dokumen 11 kesalahan enggan mengambil penumpang.

Pelik betul, ada juga pemandu teksi yang memilih penumpang untuk menghantar ke lokasi yang mereka suka..ini menolak rezeki namanya...

Kesemua yang ditahan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 22 Akta Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang dari RM 1,000 dan tidak lebih daripada RM 500,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali..


Rakaman PC kenyataan Che Hasni selepas selesai Ops Tegas kelmarin...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA