networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Thursday, October 9, 2014

Pengendali Bas Sekolah Tidak Boleh Sewenang-Wenangnya Menaikkan Harga Tambang...


Ramai ibu bapa tidak mengetahui bahawa harga untuk perkhidmatan Bas sekolah anak-anak mereka telah ditetapkan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) sejak tahun 2009..kebanyakan ibu bapa hanya tahu ikut sahaja harga yang ditetapkan oleh pengusaha atau Pemandu Bas Sekolah..

Ada juga kes yang mana Bas yang digunakan untuk membawa anak-anak mereka tidak berdaftar malah ada pemandu-pemandu Bas Sekolah menggunakan van peribadi sebagai kenderaan membawa anak-anak ini ke sekolah..ini sebenarnya telah melanggar undang-undang yang mana menggunakan kenderaan persendirian untuk membawa penumpang...

Baru-baru ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah membuat keputusan untuk DEREGULASI Tambang Bas Sekolah...maksudnya di sini, SPAD telah memberi peluang kepada Ibu Bapa atau lebih efektif Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk berbincang dengan pengusaha-pengusaha atau pemandu-pemandu Bas Sekolah dan pihak sekolah untuk menetapkan kadar harga yang sepatutnya dikenakan..

SPAD hanya menetapkan harga Siling yang bersesuaian iaitu :
Kilometer pertama untuk kawasan bandar sekarang ditetapkan RM 27.43. Kilometer seterusnya ialah RM 2.02. Untuk luar bandar RM 20.61 untuk Kilometer pertama dan RM 2.02 untuk kilometer seterusnya. Namun sistem ini tidak diikut... 
Deregulasi Tambang Bas Sekolah ni memang bagus...harga untuk pengangkutan bas anak-anak perlu ditetapkan sendiri oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru dengan persetujuan bersama pihak pengusaha Bas Sekolah...jadi tidak timbul masalah harga melampau kerana awal2 lagi harga telah dipersetujui bersama dengan ibu bapa..

Hairan juga bila langkah baik ini cuba dipertikaikan oleh pihak tertentu dengan mendakwa Deregulasi Tambang Bas Sekolah ini tidak relevan...di mana tidak relevan pun saya tidak tahu..rasanya Deregulasi harga tambang bas Sekolah ni adalah persetujuan harga bersama antara pihak pemandu dan ibu bapa...

Pihak SPAD juga membenarkan pemandu-pemandu bas menggunakan Bas Sekolah mereka untuk membawa trip lawatan bagi menambahkan pendapatan mereka ketika cuti..bukan itu saja..mereka juga boleh pasang iklan di bas masing-masing..langkah ini sangat efektif kerana dapat menambahkan pendapatan pemandu Bas Sekolah bagi mengimbangi kenaikan harga minyak..tak adalah ibu bapa terbeban sangat untuk bayar tambang anak-anak mereka terlalu tinggi...

Ibu bapa juga tidak perlu risau kerana SPAD telah perkenalkan skim Insurans untuk pelajar..untuk mengetahui tentang info Insurans ini boleh rujuk artikel saya sebelum ini di SINI..bukan itu sahaja kerajaan juga ada menawarkan  SKIM PENGGANTIAN BAS SEKOLAH S.P.A.D. bagi membantu pemandu atau pengusaha bas-bas sekolah untuk menganti Bas baru...boleh rujuk di SINI untuk info lanjut..

Banyak yang telah dilakukan oleh kerajaan dan SPAD bagi membantu pemandu-pemandu bas Sekolah meningkatka kualiti perkhidmatan mereka..ibu bapa juga turut dibela apabila deregulasi harga bas sekolah ini dapat menetapkan harga perkhidmatan Bas Sekolah untuk anak-anak dengan sewajarnya ..

Di bawah ini kenyataan akhbarr oleh SPAD tentang DEREGULASI Tambang Bas Sekolah...



No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA