networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, October 31, 2014

Sistem Satu Tiket Untuk Semua Pengangkutan Awam Di Malaysia Bukan Perkara Mustahil...


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mahu memperkenalkan sistem tiket prabayar untuk pengangkutan awam sepertimana yang telah dilakukan di negara Hong Kong dan London...Sistem tiket ala Touch n Go ini sebenarnya sudah digunakan di negara jiran kita Singapura...

Singapura telah memperkenalkan sistem tiket Kad EZ-Link untuk pembayaran tambang pengangkutan awam di Singapura...Kad EZ-Link telah diperkenalkan pada 13 April 2002 sebagai pengganti bagi farecard TransitLink asal manakala pesaingnya kad NETS FlashPay memasuki pasaran kad pintar..

Setiap bas pengangkutan awam di Singapura mempunyai sistem Kad EZ-Link bagi memudahkan penumpang membuat bayaran...di Malaysia, rancangan untuk menggunakan Kad Pintar ini di nyatakan oleh Ketua Eksekutif SPAD En Muhd Nur Ismail ketika diwawancara oleh sebuah majalah.

Ketua Eksekutif SPAD En Muhd Nur Ismail 
SPAD sedang bekerjasama dengan Touch n Go dalam merealisasikan hasrat ini..Anggaran untuk membangunkan sistem ini di Malaysia lebih kurang RM 300 juta.

En Muhd Nur berkata, “Kita telah bermula lebih awal dari segi menggunakan bayaran tanpa cash dari beberapa negara tetapi kita agak ketinggalan sedang mereka sudah mencapai 90% penggunaan kad transit kita masih baru mencecah 10% penggunaannya”



Bab tiket ini, kita sudah mengunakan kaedah tanpa cash, RAPID KL contohnya menggunakan sistem Tiket cip sebesar saiz 20 sen, KTM Komuter, Rapid KL ada menggunakan sistem Touch n Go..namun untuk memastikan 1 negara menggunakan sistem tiket tanpa tunai, ia memerlukan sedikit masa untuk merealisasikannya...

Sistem pungutan tambang automatik AFC
Berkenaan dengan sistem tiket untuk semua pengangkutan awam, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar mempunyai nada positif berkata “Kita perlu kreatif dan menghasilkan idea yang memberi pulangan nilai kepada negara dan memberi keselesaan kepada rakyat. Kita mahu mewujudkan sistem satu tiket untuk semua dan saya yakin kita sudah hampir ke arah itu" ketika melancarkan sistem pungutan tambang automatik (AFC) untuk Express Rail Link (ER) dan aplikasi mudah alih KLIA Ekspres di Sepang

Jika kita lihat, rakyat Malaysia jarang menggunakan pengangkutan awam (bas) dalam bandar selain bandar utama..sebagai contoh, di Johor sistem pengangkutan awam (bas) di bandaraya Johor Bahru mendapat sambutan baik oleh rakyat kita sendiri..namun jika kita melihat di bandar kecil seperti Pontian, Batu Pahat, Mersing, Segamat..kebanyakan yang menggunakan perkhidmatan bas dalam bandar ialah warga asing yang bekerja di negara ini...

Kesedaran rakyat perlu dipupuk untuk menggunakan pengangkutan awam..sudah tentu penambahbaikkan dari sudut prasarana, struktur, keselesaan, ketepatan waktu, kecekapan pengendalian perlu diwujudkan terlebih dahulu...pengangkutan ekspress antara bandar dan negeri amat menggalakkan...

Banyak perkara telah dan bakal dilakukan oleh SPAD untuk melakar transformasi pengangkutan awam selaras dengan kehendak Master Plan pengangkutan awam di Malaysia...Pengangkutan Awam berkualiti impian rakyat Malaysia...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA