networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, November 8, 2014

Al-Fatihah : Remaja Maut Ketika Memancing Di Johor...



Johor Bahru : Seorang remaja lemas ketika sedang memancing di Sungai Melana, Jalan Kejayaan 8, Taman Universiti di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa Muhammad Ikhwan Syahmi Shalan, 14, bersama empat rakannya sedang memancing sebelum mangsa cuba mengambil seliparnya yang terjatuh ke sungai itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Mohd Khamsani Abdul Rahman berkata, pasukan bomba dan penyelamat diarahkan ke tempat kejadian untuk mencari mangsa di dasar sungai.

"Selepas mangsa berjaya dibawa naik, pasukan perubatan mengesahkan remaja berkenaan sudah meninggal dunia.

"Mayat dibawa ke Hospital Kulai untuk bedah siasat," katanya

HE: Al-fatihah dan salam takziah kepada keluarga mangsa...jagalah diri..pantaulah pergerakan anak2 anda...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA